THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, December 21, 2010

taip saja-saja...

salam alaik....
aku x tahu la nak tulis apa....
aku mengarut ja nie....
aku cakap apa yang terbuku dalam hati aku ya....

kehidupan manusia ni ada 5 peringkat...
alam ruh
alam rahim
alam dunia
alam barzakh
alam akhirat

jadi kita dah melalui 2 peringkat dan sedang berada di peringkat yang ketiga.... iaitu alam dunia.... kat sini la kita melakukan segala kebaikan untuk menjadi bukti kita hamba allah kat akhirat kelak....

jadi, alam dunia ni plak ada la dividernya... zaman kita bayi, kita remaja, dewasa, warga emas ataupu veteren dan seterusnya peralihan ke alam barzakh.... aku sekarang berada di alam remaja... yang paling mencabar....

kat sini la kita belajar tentang pelbagai perkara.... kita belajar tentang kehidupan... macam2 la.... yang paling penting nak menjadi pandu arah kita adalah rakan kita... macam mana rakan kita yang dipilih, macam 2 la kita.... pandai2 la pilih kawan 2....

cakap pasal kawan, aku bnyak pengalaman tentang erti persahabatan.... fuhh.... dahsyat rupanya insan bernama sahabat nie.... ada yang betul2 baik, ada yang pura2 baik, yang berlakon.... macam2....

ada sorang kawan aku nie, aku memang percaya sangat kat dy... sekali tiba2 dia boleh dia tikam blakang aku... dah la 2, buat2 x tahu plak... mcm ni ka kawan... depan bukan main lagi manis muka... perangai dia membuatkan aku hilang terus kepercayaan kat dia.... aku minta maaf...

"ko memang baik pada aku... itu mungkin pada suatu masa dahulu... tapi sekarang xla... cukupla apa yang ko dah buat kat aku... kalau berjumpa sekali pun, hubungan aku dengan ko tidak akan semesra macam dulu....."

ramai rupanya kawan macam nie.... hati-hatila.....

zaman sekolah, zaman ipt, zaman kerja pun mungkin ada.... aku banyak kali kena...
pura-pura, menipu, tipu awek yang aku x tahan.... snggup berlakon jadi orang pompuan semata-mata nak dapatkan perempuan.... xbtul 2....

asif `ala kulli hal....
salam alaik....

Thursday, December 16, 2010

Oleh kerana esok ialah 10 Muharram,rasanya tak salah nak kongsi serba sedikit pasal 10 Muharram,fadhilat puasa pada hari tersebut dan peristiwa2 yang berlaku pada tarikh itu.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.

Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;

Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

Wednesday, December 15, 2010

kasih dan sayang...


kasih dan sayang adalah rahmat tuhan
yang tercipta dalam diri semua
tak perlu ada perasaan benci
semua insan mahu disayangi

kasih dan sayang pemberi bahagia
pada hati yang sudi menerima
dari kasih sayang tercetus peribadi
membentuk hidup yang lebih harmoni

tanpa kasih dan sayang tidak akan sempurna
pada ciptaan bernama manusia
tanpa kasih dan sayang tidak akan tercipta
kehidupan yang bahagia

kasih abadi kepada tuhan
yang punya kuasa pada segalanya
kasihkan rasul syurga tempatnya
kasihkan manusia tenang di jiwa...








inilah keluarga aku....

Sunday, December 12, 2010

sekadar perkongsian....

Ya Allah, aku berlindung di bawah
cahaya wajah-Mu yang mengubah gelap
menjadi terang, dan dengan perintah-Nya
alam ini dan alam akan datang dijadikan.

Selamatkanlah aku daripada kemurkaan dan
kemarahan-Mu. kepada-Mu sahajalah terpulangnya
hari pengadilan, azab yang ditimpakan jika Engkau
tidak suka dan tidak redha. tidak ada daya upaya dan kekuatan
selain kuasa dan kekuatan-Mu jua.

Ya Allah Ya Tuhanku, jika rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah..
Jika rezekiku masih di bumi, Engkau keluarkanlah..
Jika rezekiku jauh, Engkau dekatkanlah..
Jika rezekiku masih sukar, Engkau permudahkanlah..
Jika rezekiku masih haram, Engkau halalkanlah..

~sekadar perkongsian bak kata diaaa~
wallahua`lam

Saturday, December 11, 2010

doa itu senjata orang mukmin....

Bingkisan Doa.

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….


mudah-mudahan Allah mengekalkan apa yang aku dah jumpa....
~sekadar perkongsian bak kata diaaaa~
LUV U......

sakit





ubat ja pun..!!


sakit itu sengsara ka..??

Assalamualaikum, semoga Allah beri kita rasa syukur akan nikmat2nya yang tak terhingga. Semoga Allah bukakan pintu hati dan fikiran kita untuk mengenal nikmat2 yang diberi dan telah kita miliki sejak sekian lama.

Hanya pada Allah SWT lah kita mengadu dan berserah diri. Sungguh, kita manusia lemah dan langsung tak berdaya. Jangan kita lupai tenaga dan umur yang kita ada, hanyalah pemberian sementara oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa.

Syukur, kita hari ini sihat mampu berkerja dan berbuat aktiviti seharian kita. Harus kita sedar, tatkala kita sihat saat ini, ada yang sedang sakit menderita. Pada saat ini, ada yang tengah menahan kesakitan yang berat.

Mata mereka memejam menahan sakit, badan mereka mengerekok, dan tangan mereka mengenggam kuat. Begitulah hebatnya kesakitan yang mereka alami. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan yang cepat dan ditambahi kesabaran atas mereka.

Memang benar, bila melihat dengan mata kepala, rasa sedih betul2 menyusuk dalam hati. Terasa ingin benar melihat insan yang disayangi agar sihat kembali dan hilang siksa sakitnya.

Pada awalnya, kita seolah2 yakin bahawa perubatan doktor dan ubatan boleh mengurangkan dan menghilangkan kesakitan. Namun, kita pasti mendapati itu adalah harapan (pergantungan) yang palsu.

Yang mengurangi dan menghilangkan sakit hanyalah Allah SWT. Penting untuk kita sedar hakikat ini. Lalu, kita serahkan (bungkus) pada Tuhan Yang Maha Menyembuh. Dia lah yang Maha Tahu akan hikmah kesakitan yang dialami. Pada Dia lah kita serahkan usaha dan harapan (doa) kita.

Semoga Allah menghapuskan dosa pada setiap saat sakit yang ditahan oleh hambaNya dengan sabar dan tawakal. Semoga ditinggikan darjat hambanya pada setiap detik hambaNya menahan kesakitan. Dan mudah2an diringankan ujian terhadap hambaNya tanpa mengurangi ganjaran baik di akhirat nanti.

Semalam, badan aku mulai rasa sakit... pening, loya, bisa badan, lenguh sendi, sakit belakang... tapi itulah yang dikatakan sakit... sedar atau tidak, itu hanyalah sedikit cubaan dari Rabbul Jalil untuk meyakinkan kita bahawa dialah yang berkuasa atas tiap2 sesuatu... baru sedikit nikmat yang ditarik drpd kehidupan seharian aku....

Sebelum ini, banyak nikmat yang Allah bagi kat aku... nikmat sihat, rezeki, sayang dan disayangi... namun adakah aku pernah bersyukur terhadap nikmat2-Nya itu...???? Hanya Allah Taala dan aku jua yang mengetahui hakikat yang sebenar....

Nikmat Allah yang mana lagi hendak aku dustakan...???????

Doa2kanla aku cepat sembuh dari penyakit aku ini...

Thursday, December 9, 2010

sekadar perkongsian bak kata diaaa.....

aku suka bila tgok muka orang 2 senyum....



Orang yg tersenyum tak semestinya gembira ttp orang yg gembira pasti akan tersenyum..Namun kiranya dlm bersedih kau masih mampu tersenyum,itulah senjata paling ampuh dlm menyejukkan hati sendiri krn dari situ kau akn tahu dukamu seolah-olah tiada ertinya..TABAHLAH walau apa yg mengujimu..jgn pernah putus harapan padaNya..'cinta ALLAH itu yg utama...

senyum 2 awek muda...

CiNTa iTu SuCi, SeNyuM TaK SeMeSTinYa SuKa, BeNCi BuKaN TeNTu BeRMaSaM MuKa, BeRGaDuH MuNgKiN BeRSeLoRoH, BeRPaLiNG TaPi BeRDaMPiNG, MeNJeLiNG JaLaN SeiRiNG, RaHSiA HaTi HiNgGa Ke MaTi
NaLuRi TeRiSi CiNTa YaNG SuCi...... (copy and paste)

Wednesday, December 8, 2010

semua tentang kita..??






Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Reff:

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita



seronok dgar lagu nie.... mengingatkan aku kpd irfan dan ehem ehem...
huhuhu.... ~tulis saja-saja~

cuti cuti...^_^






assalamualaikum..... cena cuti korang.... harap2 ok ja....

jum aku nk story psal cuti aku.... aku duk umah pakcik aku kt segamat.... bila duk umah pkcik aku nie, xlain x bukan kena ja ikut ke mana sahaja dy pergi.... klau dy ckap besok p johor baharu, aku ikut... ptg 2 plak gerak p kl.... mlam balik esoknya balik segamat... hahaha... mcm 2 la kehidupan aku kt sini....

aku ada msj ngan hamba Allah.... dy ckap, kena sentiasa hepi... 2 azam dy sempena tahun baru.... haha... bgus dy punya azam... aku doakan semoga tercapai la azam tahun baru 2.... semoga hamba allah tersebut sentiasa dirahmati-Nya.... mudah mudahan....

mcm2 aku buat bila cuti.... bowling, wayang, main terup, swimming, dgar ceramah, pameran keta kt pwtc..... huh.... dasyat..... seronok... tpi penat la bejalan sana sini tanpa henti.... huhuhu

well, aku dah lama kt johor nie.... ntah bile la nak balik..... irfan kt kg cena la keadaan dy..... haha... rndu kat aku la 2..... doakan abg balik cepat2 la irfan ya..... hehehe...

ada org seksa aku.... hahaha.... xpala... itu pilihan dy... itu yg dy suka.... apa lagi dikenang..??

adios.... assalamualaikum... jmpa lain kali...

Friday, November 26, 2010

baru 3 jahitan, belum pecah kpala lgi....



assalamualaikum.... pengalaman kena jahit.... MA cukur sikit ja..... haduh....

smlam aku trun bas di kemaman.... tgah duk angkut2 barang, ntah mcm mna kpla aku terhantuk kt pintu ruang letak barang kat bas.... menurut driver bas, pintu 2 longgar... aku ckap xpela.... time 2 darah dah bnyak kat kepala aku.... mencurah curah keluar.... sakit, pening, nak muntah.... tpi skejap ja.... tpi menurut spupu aku, driver bas 2 yang tarik pintu 2 trun... jdi, yg mna benar aku xtaw..... xapala....

jdi aku ke kecemasan hospital kemaman.... pas check2, luka kt kepala aku 2 dalam.... jadi kena jahit.... nk kata sakit 2 x la... tpi rsa la jgak.... sakit ni mengingatkan kita tentang bahaya.... jdi kepala 2 bengong2 ja lapas kena 2 jarum.... 1 jarum tahan sakit kat bahu, 1 jarum bius kat kepala..... hahaha.... pengalaman....

jdi, pagi 2 aku dapat 3 jahitan.... kt kepala..... huh.... pgi tdi aku dapat msj dari seseorang... dy ckap padan muka kena kt kepala.... bila dy ckap mcm 2 bru aku tersedar, btol jgak kan... padan muka aku, nasib baik kena 3 jahitan... belum pecah kepala lagi dah mengadu..... syukran ya allah....

jdi, berhati-hatilah di jalan raya... anda mampu mengubahnya.....

cukupla apa yg diperoleh.....





nnti kita main lagi ya... jgn nakal2.... abg pegi sekejap ja irfan....:)
abg buh gambar irfan nie sebab ada orang nak tgok....


assalamualaikum.... selamat2 la ya.... hahaha.... ni aku copy paste drpd teman aku.... sudi2kanla nk baca....

Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya, ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga.
Setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,
setelah ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada.
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang.

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.
Dia adalah manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga
ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu,
mengenyangkan dan berkhasiat,
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain?
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu.menyayanginya, mengasihinya.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal.

persoalannya, adakah orang yang kita dah jumpa 2, akan sayang kat kita..?? hurmm...

sumber: iluvislam.com






Wednesday, November 24, 2010

cuti oh cuti....









ni la kawan baik aku sepanjang cuti ni... kan irfan... hahaha... tma kasih irfan... nnti abg buh lgi gmba2 irfan.....



assalamualaikum.....
sihat korang ya... mudah mudahan.....

kali ni aku xde jgak la nk tulis apa2 cuma saja nk update blog..... ko lagumano...???

aku ada rmai la kawan...
mcm jenis kawan...
kawan sebenar kawan...
kawan jadi lawan...
kawan makan kawan...

kawan bukan macam main futsal, mula2 kejar... bila dah dapat, sepak....:-(
Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak...:-(
Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap...Dah dapat tendang…:-(
Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…:-(
Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…:-(

apa lagi....

ohh...
kawan ni bukan macam makanan bantuan.... tyme banjir ada, time x bnjir xdak...:-(
kawan ni bukan macam CHIPSMORE, sekejap ada sekejap xda....:-(
kawan ni bukan macam BANK, xde duit baru nk cari.....:-(

barangsiapa yang menyakiti hati kawan, melukakan hati kawan, aku rasa memang dy 2 xde akal.... terlampau bodoh la......

jadi, kawanla.... jgn umpamakan kawan 2 sama ngan pampers ka, ragbi ka, bank ka, skate ka, apa2 yang kita rasa waktu 2 ja yg kita perlukan....

anggapla kawan 2 umpama tanah ka..... xda dia kita nk berpijak kt mna....

Tuesday, November 16, 2010

abis sudah....


aku rndu kt bdak nie.... IRFAN.. kita jumpa lagi ya.... irfan doakan abg slmat smpai esok.. boleh kita jalan2.... :)
tiba2 bila nk balik kg ni teringat budak nie.... yahoooo....

salam.... tulis saja2 ja.... x mgharap org bca.... ni la tempat aku meluahkan apa yang dirasa....

besok aku bertolak balik ke kampung halaman.... lama x balik... abis sudah pengajian aku untuk PPSMP.... itula kisah perjalanan aku sebagai guru pelatih.... tahun depan, bermula la plak pengajian degree aku.... inshaAllah.... apa yg akan terjadi tahun depan, wallahualam....

bnyak perkara yg berlaku sem ni.... haha... mcm2 la... toksah citer..... hari koko la, jamuan raya la, jamuan klas kena serbu la, main gitar la, lawatan la, tatasusila guru pengajian agama la, group pa b la, lakonan, suluh kebodohan diri ngan spotlight.... uisy... banyak sugguh... lain msa mgkin aku story mory la.... ni aku nk tulis sikit ja.... tapi sem ni aku rasa seronok la stkat ni.... hanya mereka yg tertentu sahaja yg tahu....


tpi alhamdulillah, exam utk sem ni aku bolehla jawab.... tpi btol ka tidak xtaw la.... syukur... smoga apa yg distudy pada malam2 exam 2 akan terus menjadi ilmu, bukan sekadar utk dicurahkan hnya pada kertas exam... inshaAllah....


bwat adik beradik aku PENGAJIAN AGAMA B, JMPA TAUN DPAN.... aku sayang korang... aku seronok sangat sem ni.... maaf...


nasa dan min- tahniah & takziah utk jwtan kk dan pkk... semoga tabah menjalani tugas korang.. inshaAllah aku support korang....

baca ja.... luahan hati aku ni.... jgn nk komen apa2.... haha.. buleh2...

Tuesday, September 14, 2010

Bertemu Lagi


Hari Keluarga 2010

Kesemua adik beradik mak aku berkumpul di rumah tok Ki dan Tok Wan. Tema pertemuan kali ini, “Air dicincang tak akan putus”.

Majlis tahun ini dipengerusikan oleh makcik Roza. Selama dua tahun beliau memegang jawatan ini kerana program tahun lepas terpaksa ditangguhkan kerana masalah H1N1.

Maksudnya, cucu-cucu Tok Wan dan Tok Ki yang masih kecil dua tahun lepas sudah menjadi golongan yang menanti-nanti acara yang telah di susun. Acara sukan di sebelah petang, majlis doa selamat di sebelah malam dan diikuti dengan jamuan BBQ.

Perlantikan pengerusi untuk tahun hadapan berjalan lancar. Cuma satu usul sahaja yang dikemukakan iaitu cadangan agar majlis tahun hadapan diadakan pada hari raya pertama selepas lima tahun berlangsung pada hari raya ketiga. lama aku menunggu saat ini kerana lima tahun berturut-turut kami tdiak berkumpul pada hari raya yang pertama.

Secara keseluruhannya kumpulan aku iaitu kumpulan APE DEWO (apam dewa) telah menjadi johan bagi hari keluarga tahun ini, menewaskan satu lagi kumpulan, JEPUT IKE (jemput ikan). Tahniah diucapkan kepada kumpulan APE DEWO.....

Emmmm…. kami bersyukur kerana mempunyai keluarga yang harmoni. Insya Allah keharmonian yang ada pada keluarga kami akan kekal sehingga bertemu di dalam Jannatul Firdaus yang kekal abadi.

Saturday, September 11, 2010

antara meriah dan tidak...

assalamualaikum.....

jom kita cita psal raya....

malam raya aku kt umah tok ayah aku... ramai sepupu aku menampakkan diri mereka... malam 2, aku ngan sepupu aku lepak warung kt Tanah Merah... saja ja nak amik angin malam Raya... dari kul 9.30 malam smpaila kul 12.30 malam sampai kt rumah... sampai2 tidur ja....

dipendekkan cita, raya aku tahun nie berlainan sikit... malam raya aku kat kg aku di kelantan. setelah beberapa tahun aku tidak beraya di sana, akhirnya aku buleh jgak smyang raya kt kg aku...

slalunya, raya2 4 5 tahun lepas aku smyang raya masjid kt umah aku ja... pas 2 pusing2 umah sedara kt area2 sana, sebelah petang baru aku ngan famili berangkat ke kg kt kelantan....

Jadi, raya aku tahun ini meriah dan berbeza.... sebab pagi raya aku bersama ngan sepupu2 aku yang hampir kesemuanya kepala masuk air... sama mcm aku.... Like Cousin Like Cousin... hehehe... best gila... penuh rumah tok ayah... semua adik beradik ayah aku ada masa 2.... seronok... macam2 topik yang menjadi buah perbualan... antara yang hangat ialah majlis perkahwinan sepupu aku pada raya ke 7.... hahaha.... hilang sorang lgi sepupu bujang aku... makin berkurang.... hmmm....

Cuma, yg pasti, raya aku tahun ni jgak ada kurangnya.... aku hilang sorang kawan istimewa aku.... HILANG MACAM 2 JA.... aku dh x msj.... slalunya dy la yg aku duk msj... smpai subuh pun dy yg kejut aku.... tiba2 ja xmau msj.... aduhh.... raya x meriah.... yela.... aku dh calonkan dy jdi teman istimewa.... hehehe

Tapi kawan yang baik ada cakap kt aku. "Anas, klau kita ja suka, tapi orang 2 x suka x kemana jgak... nk kena ada komunikasi yg betul.... bla bla bla." wah... komunikasi aku memang teruk.... huh....

terima kasih la kepada kawan baik aku 2.... x jemu2 memberi nasihat kt budak mcm aku nie.... bagus2.... kita mentadbir, ALLAH punya takdir....

kepada mereka yg membaca, ambillah pengajaran klau nk ambil...
hahaha

okla... selamat hari raya... semoga ALLAH memberkati....
BARAKALLAHU LAKUMA WABARAKA....

Monday, August 30, 2010

perlukah setia?

assalamualaikum.....

orang kata, kalau dah suka kat seseorang tu, kena setia.... sebab apa?? aku pun xtaw.... sehinggalah aku terbaca post kat blog member aku.... baru aku teringat, aku pernah baca benda tu sebelum2 nie... hari ni baru aku terasa nak post.... hehehe aku copy and paste ja....

inilah dia petikan 2..... renung2 kanlah... hehehe


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru dan seorang pelajarnya.

Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting, sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ye, itu lah cinta.

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu kasih sayang?

Guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong.

Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab: Itulah kasih sayang. Janganlah terlalu memilih, kerana tiada manusia yang sempurna.

Saturday, August 28, 2010

ya ka..??




inila menu berbuka kami ptg tdi (masakan sendiri)
sedaaapppppp.....


asslamualaikum.....
aku la.... klau bkan psal aku x bwk laptop datang mktab dh lama aku edit blog aku.... heheheh
tpi xpa.... ni aku nk update cket ja....

sblom 2.. aku nk ucpkan slmat menyambut rmadhan al mubarak.... moga ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding yang lepas2....

smlam aku gerak ke padang besar.... rumah sahabat aku.... sja ja nk jalan2.... nk kenal negeri orang... aku, zaki, nasa, din dan saiful selaku tuan rumah.... boring kot duk kt mktb... hehehe... xda apa kami buat kat sana.... cuma shopping jela.... aku pown xbleh nk shopping sgt... almklumla, di penghujung bulan nie, paham2 la yer....

nnti mgkin lpas rya aku pegi lgi kot... hahaha.... best2....

Saturday, July 3, 2010

sensawang~~

assalamualaikum.....
aku nk buang sesawang yg berlmbak kt dlam blog aku nie.... hehehe.... mklumla, laptop aku dh msuk kilang.... aku dtg mktb nie pown x bwak laptop.... ntah cena la aku nk wat esaimen nnti.... huhuh

skdar rnungan bersama.......
"akan berpecah ummatku kepada 73 puak, ksmuanya ke neraka, kecuali satu." sahabat bertanya: "siapakah yang satu itu, whai Rasulullah?" baginda menjawab:" yang 1 itu ialah mereka yg memegang(iktikad) seperti peganganku dah pegangan sahabatku." hadis riwayat Imam Tarmizi..

so... aku bukannya nk ckap pndai ka, apa ka.... cma ari nie rmai yg tidak termasuk dlam puak yg 1 itu yg terselamat dri neraka..... kita juga patutnya sdar.... kdg2 kita kapir 24 jam.... solat dalam keadaan kapir.... rnung2 kan la shabat2ku sbb aku syg korang..... hahahaha... buleh3.... xpala klau korang x syg aku... hahahaha

wallahu alam.... salam 1 malaysia...

Monday, June 7, 2010

akrab persahabatan.....~~

miss my classmates


sesegar hijau daunan
begitulah kita diibaratkan
tiada siapa yang bisa memisahkan kita
antara kita semua

seerat sempulan yang tidak terbuka
seteguh langit tinggi menongkah dunia
kita mengharung badai atas nama
kasih insan bersaudara

buang yang keroh ambil yang jernih
dendam hasad dengki mestilah dijauhi
marilah kita contohi rasulullah
dan para sahabat di dalam bersahabat
ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
bina keharmonian..

lagu ni sgt dalam maksudnya..... aku cuma teringat bila aku ada problem ka, gaduh2 ka apa ka lgu ni la yg akan aku dgr..... hahaha... ni lgu tema klas pa b... hehehe... aku rsa2 la....

isy... apa la aku nk tulis nie......

aku sbnrnya rindu ngan bdak2 klas aku... wlaupun aku ni jrg la jgak bersama bdak2 pa nie.... yela... aku ni x lyak jdi ustaz.... mna bleh bergaul ngan bdak2 pa... menjatuhkan maruah budak pa yg x bnyak dosa.... tpi aku tetap merindui dak2 klas aku....

sori bdak2 klas pa b.... sbab adanya aku yg brperangai truk telah menjatuhkan korang suma... MAAF BNYAK2 DAN MNTAK AMPUN... apa peribhasa yg sesuai yer.... hmmm
KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA....
BULEH BULEH

Sunday, June 6, 2010

pertama~~

salam alaik....... bosannya.......

ari ni ari pertama aku duk kt umah.... gila bosan.... x taw nk wat pa.... nk kuar umah nk pegi mna..?? dh la pnas.... huhuhu... lgipown aku bukan jenis yg kuar umah... klau kuar umah konpem kuar pnya la pitis..... hadoih....

kan aku dh kta ari 2, mak ayah aku konpem sibok nya klau cuti.... tmbhan la, tuisyen la.... kenduri kawin la.... mcm2... hmmmm.... ari sabtu nie plak spupu aku nk brtunang.... hai... makin kurang lah spupu2 aku yg masih lgi bujang.... xpa2... yg penting mereka bahagia.... hahaha

aku plak bila nk brtunang yer..?? hmmm.. plan dlam mimpi igt nk bertunang dlam sem 6 ka, sem 7 ka....tpi itu cuma perancangan aku sebagai manusia.... sbnrnya aku ni xda kuasa lgsung.... ni semua perbuatan Pencipta..... huhuh.... ntah2 meninggal dulu sblom tunang.... mcm kawan aku, zaki ckap kt blog dy, kita makin ari makin dekat ngan pintu kubor.... tpi certain people makin ari makin bongkak, sombong, benci kpda manusia lain.... semoga Allah merahmat mereka...

stakat nie jela.... xda pape nk tulis lgi.... assalamualaikum.....

Saturday, June 5, 2010

selamat sampai....

assalamualaikum wbt.... sori la..... aku lma xpost... sibok nk cuti....

okla.... smlam aku slmat smpai kt umah atok aku... tyme org duk dgr khutbah aku smpai... so, aku x trun smyg jumaat la.... musafir... aku brtolak dlam kul 5 pgi ari jumaat.... pas 2 mkan pgi kt r&r gurun... tgh duk mkan aku trjmpa la mama raihan, selaku mentor aku.... dy on da way nk penang, follow husband dy.... xpala....

sbnrnya aku lgi prefer trun kt umah atok aku... rmai teman2... spupu aku yg 1 kepala ada kt kg... lgi la seronak... yahooo.... buleh borak2, mcm2 la aktiviti yg bleh di buat... cuti ka..... hahahah....

skarang nie walaupun aku dh meninggalkan maktab, aku still ada bbrapa mslah yg aku bwak bersama..... antaranya aku jdi duk tringat kt seseorang.... xtawla apa mslahnya.... kdg2 dtg persaan sebak, kdg2 snyum sorang2, kdg2 terharu.... huhuhu... aku plak jenis suka tgok gmbr2... apa lgi smlam aku tgok sume gmbr yg dpat dikumpul selama 2 sem aku kt perlis.... wah... bercampor baur perasaan aku.... huhuhuh.... xpala.... bgi aku,MEMBER2 BAHAGIA SUDAH MEMADAI BGI AKU.... xpala aku susah ka, sedih ka, apa ka... apa yg penting depa bahagia....

ok la.... aku ade hal cket.... nk brjlan2 ke kb... xtaw lgi nk pegi mna... kb mall ka, pantai cinta berahi ka, rantua pnjag ka.. ntah mna lgi.... jom2... PAKAT2 MAGHI KELATE.... KITO MEMERIAHKAN LGI TANOH CIK SITI WE KEMBE...

assalamualaikum.... salam 1 mlysia...

Thursday, June 3, 2010

pulau lagenda

sesi brgmbr setelah tmat latihan...


dalam trak pertahanan awam, panas gila...

ari pertama latihan kt pantai lagenda, seblah jeti kuah... bleh nmpak DATARAN LANG



assalamualaikum wbt.... fuh... sekian lma.... mntk maap la sbab lma x post blog... nk wat cmner.... hehehe... bizi la, itu la ini la.... heheehe....

sbnrnya di samping sibok, aku xde bnda nk post.... cuma kali ni aku bleh la nk citer cket2 apa yg aku wat kt lgkawi, pulau lagenda.... syok la jgak msa pegi lgkwi....

pertamanya aku pegi latihan pengendalian bot.... mksudnya latihan 2 konpem kt pantai.... seronoknya... hahahaha... main air laut la.... pengisian utk latihan kali ini ialah water confident, bwak bot ngan bvwak jet ski.... pertama kali aku bwak bot ngan jet ski.... bkan sng nk bwak menatang2 nie.... klau pelancongan skali pun mhal kowt.... so, pengalaman yg x dpat dilupakan....

tpi yg syoknya latihan 2 cuma 1 hari stgah ja... ari jumaat 1 ari ngan sbtu smpai kul 12.00.... enjoy sakan la.... pas abih latihan ari jumaat mlam 2 kami ada bbq... hahaha... mkan smpai muntah.... pas 2 aku kami sembang2 la...

esoknya, pas abis latihan, kami kemas2 pas 2 shopping kt area jeti kuah.... abih penuh 1 trak pertahanan awam ngan brg2... gila btol......

yg penting, bnyak pglman aku kt pulau lagenda....

wallahu a`lam... assalamualaikum....

Wednesday, May 26, 2010

MALAS.....

salam.... pendek sja post kali nie....


aku jdi mlas gila sjak2 akhir2 nie.... x taw apa pnca nya... cuma.... aku jdi malas... mlas nk study, mlas itu, mlas ini, mlas la sgla-galanya.... nk post something kt blog ni pown mlas.... ntahla... nie nasib baik si zaki yg pksa aku.... hahahah

skrg nie antara saat2 akhir la aku & bdak2 mktb nie duk kt sini.... nk abis sem dh... jdi aktivitinya klau x movie, main pes.... tpi bgi aku, aku lgi prefer smbg sbab nk cuti 3 mggu kowt... tnya la apa plan.... ade yg nk g srwak, ade yg nk main sukma... fuh..... mcm2.... bgus btol la plan depa nie... cuma aku ja.. x da plan lgi.... ape la nk di buat dlam tmpoh 3 mggu.... parent aku konpem sboknya... yela... klas tmbhan la... mklumla, both of them work as teachers, 2 plak ckgu pmr sorang spm sorang... lgi la sbok berganda-ganda.... so, nmpak gyanya duk umah la aku.... jdi org pompuan.... adik aku plak bruja dftar....hmmm...hahaha.... x pown aku balik ja kg.... 2 jela....

korang mesti plan cntik pnya cuti nie kan.... hahaha buleh2.... xpala...
truskan dgn plan korang yer..... aku doakan semuanya slmat...

itu sja... assalamualaikum....

Monday, May 24, 2010

cepatnya....

assalamualaikum wbt.....


fuhhh... agak lma aku x post pape dlam blog aku.... ade mslah kt lptop.... ni pown aku guna laptop shbat aku si zaki.... mekaseh member.... laptop aku mcm nk meletop ja.... tba2 wat hal nie.... hadoih....
ok... apa aku nk post kali ni yer....

first of all, aku ni masih lgi dlam minggu exam.... wlaupun besok aku x de paper, tpi aku x mau la kantoi dlam exam.... sapa nk repeat exam kan.... so, aku pown ade la bca buku cket2... cket sja... prsaan mlas 2 masih lgi mguasai diri.... tpi xpala...
skurang-kurangnya aku xde la x bca pape lgsung... nmpakla jgak aku bgi skongan moral kt member2 aku yg nk exam besok2... hahaha... gud luck sume....

secondly, cpat btol msa brlalu yer.... dh nk abis sem 2 dh.... mcm2 brlaku dlam tmpoh aku blajar sem 2 nie.... ade yg xcident, ptah tgan, ptah bahu, sakit mata, spiderman bersara la, secret admire, oral, jmuan teh brsama Raja, trip 2 penang... hmmmm... bnyak sgt.... 2 la nmanya pengalaman dlam belajar.... aku sndiri pown ade gak sakit2 nie.... sakit lutut yg x penah nk baik... tpi 2la... aku trima seadanya.... sumanya 2 ade hikmah la.... bukan hakimah, tpi hikmah... hahaha.... so... bila bnyak bnda yg brlaku nie msti ade yg x puas ati ngan kelakuan aku.... yola... tmbh2 kelas aku yg tercinta, pa b....

pejam celik, pejam celik dh nk abis sem sudah,
pejam celik,pejam celik, bnyak pengalaman yg kita redah,
pejam2, celik2, mcm2 jdi kt kita punya kelas,
lagi dipejam, lagi dicelik, bnyak budi yg tidak terbalas,
makin dipejam,makin dicelik, rpnya bnyk la plak dosa aku kt semua,
sblm pejam tak celik2, mhon maaf skiranya slah silap spnjng sem dua...

ntah sajak ke syair ni, mgkin seloka kowt.... aku tujukan khas kpd faiz, matwe, zaki, pon, din, nasa, eiei, aina, nab, farah, hanan, kak ain, kak ira, ila, min, dekton, noni, dayah, n adilah.... bnyak dosa aku kt hampa..... huhuhuh~~~~~~~~~ sori bnyak2... x lupa jgak kpd ahli impi n bdak2 mktb serta lecturer ipg kampus perlis........

2 ja utk kali ini... klau x mau maafkan aku pown x pa.... nk wat cmna lgi... hehehe
ok... chaw dulu yer... assalamualaikum....

Tuesday, May 18, 2010

exam oh exam...~~

assalamualaikum wbt.... salam 1 malaysia....

dh 2 hari aku rsa x powt pape.... hmmm... ari ni aku nk powt apa yer.... hadoih...

sblom 2, ari ni aku dh start exam.... paper english.... wah3.... berbelit belit lidah aku membacakan soklan.... biasala... lidah mlayu, lpas 2 plak cmpur ngan budu.... hahaha.... klau korang dgr msti lain bila aku ckap omputeh.... besok ade paper lgi.... arab oh arab.... nasib baik exam x lma...

okla, tutup citer psal exam... skarang nie aku nk msuk citer len plak.... aku sgt hepi ari nie sbab dpat melihat seseorang.... yahoooooo.... yeah... ya bedal budu.... lma x tgok dy... last skali aku tgok dy ari jumaat yg lpas.... lpas usrah impi.... 2 pown dy x prsan aku duk usha dy.... yela.... lma kowt aku x tgok dy.... bila dh rndu nie mkan nasi trigt kt dy, tdow pown smpai trmimpi2... huhuh... smlam aku mimpi dy.... aku rsa aku tdow dlam trsyum la kowt.... trigat aku kt lgu ruffedge, lgu Bila Rindu......

di keheningan malam, termenung ku berseorang,
tak lena mata dipejam, terdengar suara terngiang,
suara merdu yang disayang, bagaikan di depan mata,
ku capai tapi tak kena, sukarnya memendam rasa,
inginku luahkan kata.......

fuh,,, klau aku rndu kt dy aku bkak la lgu nie.... hehehe... best gak.... aku pown x tau apa dh jdi kt aku nie.... angau ke apa.... well, biasa bro.... nk wat cmner... fitrah manusia ni suka kepada perhiasan duniakan.... Allah Taala juga pernah berfirman,

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." surah ali-`imran, 14.....

so, igtla bahawa manusia ni x leh lri fitrah asal kejadian..... apa yg trjadi kt aku dan semua orng ni adalah datangnya dari Allah... sebagai contoh, seseorang tidak boleh menyalahkan orang lain dri mnyayanginya kerana dy di ibaratkan seperti menyalahi perbuatan Allah..... sapa kita nk mnyalahkan pencipta yg tahu sgala-galanya.....

alamak.... sorila... aku trlanjur bertazkirah.... aku mne lyak nk bgi tazkirah.... diri sendiri pown x btol nk tgur org plak.... hehehe.... ustaz-ustaz kt mktb perlis nie rmai lgi... klas pa a brlmbak-lambak.... klas pa b bersepah-sepah.... depa lgi lyak....

stkat 2 la kowt.... pnjg plak post kali nie.... huhuh.... wat insan yg paling aku syg, lgu ruffedge 2 aku tujukan khas buat dirimu..... BULEH BULEH....

assalamualaikum....

Sunday, May 16, 2010

kebetulan..??

assalamualaikum.... slmat ari guru bgi guru2 sluruh mlaysia dan juga bakal guru....


smlam aku balik ke asrma.... ade hal yg perlu aku setelkan.... so aku tdow kt asrma la... hehehe...buleh buleh.....

Nk jdikan citer aku ke surau utk solat isyak.... trkjut gak aku lpas solat, aku trbca tulisan yg ditulis kt white board sblah laki nie.....
kt situ trtulis la:

JGAN CKAP BENDA YG SIA-SIA..(ni aku dh rgkaskan)

heheehe.... aku rsa mcm nk kta kt aku ja.... yela.... sblom 2 ade org tgor aku jgan ckap yg bukan-bukan... mksudny prkara sia2 la 2... huhuh.. mcm kbtulan plak.... tpi aku yakin & pasti ini bukan kbtulan.... yg ni adalah semuanya perbuatan Allah.... huhuhu.... so, sahabat2 ku, kurangkan berckap, sbab makin kita bnyak brckap, makin tggi pluang kita nk tmbah dosa.... aku rsa-rsa la.... hehehe..

Aku sbnrnya x de bnda nk tulis nie.... yela.. selasa ni bdak2 mktb dh nk exam... hehehe... so, best of luck kpd bdak2 mktb....

assalamualaikum....

Saturday, May 15, 2010

benci bilang cinta atau cinta bilang benci?

assalamualaikum.. apa khbr shbt2 yg kt mktb..?? sunyi x..?? huhuhu


okla... ari ni aku still lgi kt umah member aku... bgun tdi pown pkul 11.30 a.m. yela aku rdow smlam kul brapa? ade la dkat pkul 4 stgah... smlam aku chat ngan member aku... nmanya sarah... tpi yg peliknya dy nie x tdow2 lgi sdgkan dh kul 4.... gila... pompuan tdow lwat.... x ptut... last2 bru aku igt dy kt mesir.... tolak jam dri wktu mlysia... bru kul 11 mlam la.... hehehe ptutla x tdow2... hadoih...

ni aku nk citer aku ade gak chat ngan mmber aku yg lain.... skjap jer aku chat ngan dy.... huhuhuh.... sblom 2 buat yg mgnali aku, korang sume taw prgai aku kan.... jhat, nkal, bgang... smpai ada yg kta aku x lyak jdi ustaz.... biarla kt depa yg kta mcm 2.... dy dh perfect dh....
KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK, GAJAH DEPAN MATA X NAMPAK...

nk di jadikan chat la wlaupun skjap..... cuma aku nk amik sikit apa yg dy kta kt aku" jgan smpai aku benci".. dy gak ada pesan kt aku"nk ckap bila perlu" hehehe.... wah3... buleh syg.....

so ksimpulan dy, jgn la ckap bnda2 bdoh kt sapa2.... igt 2....ckap bnyak ni wat dosa.... hahaha.... tpi aku rsa ni la prgai aku.... hahaha

BULEH BULEH~~


p/s : buat shbat aku yg tgur kt aku smlam, mntk maap la yer... nk benci aku bencila.... yg pntg aku x penah benci kamu..... hahaha

WALLAHU TAALA A`LAM.....
assalamualaikum

aku bengang

smalmn ak brpk, npelh nsib ak x mcm nsb2 org len.. puas ak berpk, pk pnyer pk, tba2 dtg laa 1 idea...haaaa...ak msti berubah.... berubah...ya...berubah...ak pasti....tp ble ak nk brubh je, msti ad halangan yg dtg..mcm2 hlngn la, hlngn 2 la, hlngan nie laa....aaahhhhhhhhhhh...ak bengangggg...

Friday, May 14, 2010

kehidupan rumah sewa?

assalamualaikum.....


mlam nie aku stay kt luar.... dkat umah member aku merangkap senior aku kt mktab.. nma dy farid.. hmm... aku nk try idup kt luar kwsan asrama.... lgipown kt asrama skarang ni ksong la jgak memandangkan ari isnin ni cuti smpena keputraan raja perlis.. syok gak duk kt luar nie.... hahaha.. x de la trok sgt... bleh msak, tgok tv, internet pown ada...

utk pgtahuan korang, umah payid nie lgkapla sbab ade astro, internet, kprluan masak pown ada... so tdi aku msak utk aku sorang.. sbab bdak2 ni dh mkan.... nk taw aku mkan apa..?? hahaha...mcm biasala.. nma pown org bujang, nasi bujang la.... hehehe.... abis msak aku aku mkan smbil tgok tv.... ni la kehidupan bdak2 yg duk luar.... hehehe...

ok la.... stkat nie utk post kali nie.... sblom 2 ade 2 bnda aku nk ckap...

yg prtma, thniah utk psukan badminton ngara wlaupun gagal ke final.... usaha lgi.... BULEH BULEH

yg kedua, aku nk wish kt member aku, mirah adnan yg smbut besday dy pda 13 mei lpas... sori la mirah, aku lmbt wish... lupa2...

and last but not least, esok 15 mei, besday teman yg pernah aku anggap special suatu ketika dulu... hepi besday syafiqah.... hehehe...

mntk diri dulu... assalamualaikum

BULEH BULEH

Thursday, May 13, 2010

rindunya......

seseorang yg aku rndu 2 ade kt dlam gmbor ni.... sapa2 yg taw snyap sudah...


ni la adik aku yg dpat twran UIA 2... buleh2...


assalamualaikum..... 2 3 ari nie aku x dpat nk pape kat blog.... ade problm cket... huhuhuh....
so ari nie aku pegi klas mcm bese la kan.... kul 7.47 pgi tdi aku bgun..... sbuh aku dh smyg siap2 la... cuma tdo balik... hhuhuhuh. jadi pas mndi aku pegi la klas.... smpai la klas dlam kul 8.19 pgi.... tpi mama raihan slaku mentor kami x msuk lgi..... tpi aku x klut sgat tdi sbab aku taw mama trlibat ngan penggmbran ngan JPP. .. tpi yg aku hepi sgt ari nie aku dpat tgok seseorang yg mmg aku suka, syg sgt2...hahahaha.... dh lma aku x msj ngan dy.... aku taw dy tgh marah kt aku... nk wat cmner, dh aku jhat..... ptutla org mrah kt aku.... x pela.... aku xksah la klau dy nk mrah aku... cuma aku mmg rndu sgt2 kt dia... dan dy pown taw aku rndu kt dy... klau dy bca apa yg aku post kan ari ni aku mntk maap bnyak2 yer.....

sbnrnya, di smping aku rndu kt dy, ada lgi aku rndu kt org lain..... family aku la.... lma x balik.... dh dkat 2 bulan kowt.. huhuhuh.... hehehe citer bab fmily nie, aku nk ckap la kt adik aku thniah sbb dpat twran Asasi Bahasa Arab kt uia.... dy pown dpat twran interview mktb.... Bhsa Arab jgak.... tpi x pela... dy mmg cekap Bahasa Arab nie... bkan mcm abg dy nie....

satu lgi, yg ajoy pggil aku Tuan Guru Husni 2 x btol sbnrnya.... aku nie xde ilmu pown.... yg sbnrnya ajoy lgi terer dri aku, lgi cekap dri aku, lgi hbat dri aku.... tgok kt mktb la.... aku klas PA(B)... adapun ajoy 2 klas PA(A).... bgai lgit ngan bumi, jauh pggang dri api...... hahaha....

BULEH BULEH....

aku rsa ni jela kowt yg aku nk post.. xde menda len dh.... okla.... slam sjhtera, slam 1 mlaysia n assalamualaikum.....

Monday, May 10, 2010

pengenalan.....

ni la klas aku skrang, pa(b)... smua sgak2 la



















sebagai pengenalan, aku ni student kt sebuah tmpat pengajian di kgar perlis....
so, aku akan berada di sini lbih kurang 5 taon stgh... hehehe agak lama....
mugkin aku pown nk jdi jdoh aku kt belah2 sini kowt.....
doa2 kan aku yer....
kursus yg aku amik skrang adalah Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Pengajian Agama(B).... klau bhsa ksarnya aku nie bakal jdi ustaz la.....
so, aku hrap aku brjya abiskan pengajian aku kt sini brsma bdak2 klas aku.... aku hepi sgt blaja kt IPG Kampus Perlis.... hehehe

BULEH BULEH