
Hari Keluarga 2010
Kesemua adik beradik mak aku berkumpul di rumah tok Ki dan Tok Wan. Tema pertemuan kali ini, “Air dicincang tak akan putus”.
Majlis tahun ini dipengerusikan oleh makcik Roza. Selama dua tahun beliau memegang jawatan ini kerana program tahun lepas terpaksa ditangguhkan kerana masalah H1N1.
Maksudnya, cucu-cucu Tok Wan dan Tok Ki yang masih kecil dua tahun lepas sudah menjadi golongan yang menanti-nanti acara yang telah di susun. Acara sukan di sebelah petang, majlis doa selamat di sebelah malam dan diikuti dengan jamuan BBQ.
Perlantikan pengerusi untuk tahun hadapan berjalan lancar. Cuma satu usul sahaja yang dikemukakan iaitu cadangan agar majlis tahun hadapan diadakan pada hari raya pertama selepas lima tahun berlangsung pada hari raya ketiga. lama aku menunggu saat ini kerana lima tahun berturut-turut kami tdiak berkumpul pada hari raya yang pertama.
Secara keseluruhannya kumpulan aku iaitu kumpulan APE DEWO (apam dewa) telah menjadi johan bagi hari keluarga tahun ini, menewaskan satu lagi kumpulan, JEPUT IKE (jemput ikan). Tahniah diucapkan kepada kumpulan APE DEWO.....
Emmmm…. kami bersyukur kerana mempunyai keluarga yang harmoni. Insya Allah keharmonian yang ada pada keluarga kami akan kekal sehingga bertemu di dalam Jannatul Firdaus yang kekal abadi.
Tuesday, September 14, 2010
Bertemu Lagi
Posted by Taip Saja-Saja at 12:54 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment