

ubat ja pun..!!
sakit itu sengsara ka..??
Assalamualaikum, semoga Allah beri kita rasa syukur akan nikmat2nya yang tak terhingga. Semoga Allah bukakan pintu hati dan fikiran kita untuk mengenal nikmat2 yang diberi dan telah kita miliki sejak sekian lama.
Hanya pada Allah SWT lah kita mengadu dan berserah diri. Sungguh, kita manusia lemah dan langsung tak berdaya. Jangan kita lupai tenaga dan umur yang kita ada, hanyalah pemberian sementara oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa.
Syukur, kita hari ini sihat mampu berkerja dan berbuat aktiviti seharian kita. Harus kita sedar, tatkala kita sihat saat ini, ada yang sedang sakit menderita. Pada saat ini, ada yang tengah menahan kesakitan yang berat.
Mata mereka memejam menahan sakit, badan mereka mengerekok, dan tangan mereka mengenggam kuat. Begitulah hebatnya kesakitan yang mereka alami. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan yang cepat dan ditambahi kesabaran atas mereka.
Memang benar, bila melihat dengan mata kepala, rasa sedih betul2 menyusuk dalam hati. Terasa ingin benar melihat insan yang disayangi agar sihat kembali dan hilang siksa sakitnya.
Pada awalnya, kita seolah2 yakin bahawa perubatan doktor dan ubatan boleh mengurangkan dan menghilangkan kesakitan. Namun, kita pasti mendapati itu adalah harapan (pergantungan) yang palsu.
Yang mengurangi dan menghilangkan sakit hanyalah Allah SWT. Penting untuk kita sedar hakikat ini. Lalu, kita serahkan (bungkus) pada Tuhan Yang Maha Menyembuh. Dia lah yang Maha Tahu akan hikmah kesakitan yang dialami. Pada Dia lah kita serahkan usaha dan harapan (doa) kita.
Semoga Allah menghapuskan dosa pada setiap saat sakit yang ditahan oleh hambaNya dengan sabar dan tawakal. Semoga ditinggikan darjat hambanya pada setiap detik hambaNya menahan kesakitan. Dan mudah2an diringankan ujian terhadap hambaNya tanpa mengurangi ganjaran baik di akhirat nanti.
Semalam, badan aku mulai rasa sakit... pening, loya, bisa badan, lenguh sendi, sakit belakang... tapi itulah yang dikatakan sakit... sedar atau tidak, itu hanyalah sedikit cubaan dari Rabbul Jalil untuk meyakinkan kita bahawa dialah yang berkuasa atas tiap2 sesuatu... baru sedikit nikmat yang ditarik drpd kehidupan seharian aku....
Sebelum ini, banyak nikmat yang Allah bagi kat aku... nikmat sihat, rezeki, sayang dan disayangi... namun adakah aku pernah bersyukur terhadap nikmat2-Nya itu...???? Hanya Allah Taala dan aku jua yang mengetahui hakikat yang sebenar....
Nikmat Allah yang mana lagi hendak aku dustakan...???????
Doa2kanla aku cepat sembuh dari penyakit aku ini...
Saturday, December 11, 2010
sakit
Posted by Taip Saja-Saja at 2:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment