sejuk malam nie..... sampai aku pun dah mula rasa panas2 kat dada... nafas pun jadi pendek... mengah.... semoga allah mengurangkan rasa sakit kat dada aku....
aku nak cerita sikit pasal sakit dada nie.....
sekiranya sakit dada itu berpunca dari masalah jantung,
Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness), ketat (tightness)
Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih spesifiknya ; tangan kiri)
Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur
Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan / menambah bilangan bantal semasa tidur
Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama)
Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba-tiba, pening dan loya
Sakit pada mana-mana bahagian badan
Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata
Kulit kebiru-biruan
Bengkak kaki
sekiranya bukan masalah jantung,
1. Masalah system pencernaan :
-Rasa terbakar (burning sensation) di bahagian belakang di tengah-tengah dada
-Rasa masam atau rasa makanan keluar semula kedalam mulut
-Mempunyai masalah menelan makanan
-penghasilan air liur yang berlebihan
-rasa mual, pening, dan muntah
2. Masalah system pernafasan :
-sakit dada secara tiba-tiba
-nafas pendek ketika melakukan aktiviti mahupun ketika rehat
-batuk dan berkahak (mungkin batuk berdarah)
-sakit seperti dicucuk-cucuk pada bahagian dada (sharp pain)
-denyutan jantung menjadi kencang
-Sakit dada yang bertambah baik atau buruk dengan perubahan posisi badan
-Sakit dada yang bertambah teruk apabila anda batuk atau menarik nafas dalam
3. Masalah otot dan tulang :
-Sakit pada bahagian dada sewaktu anda menekannya dengan tangan
-sakit dada apabila menarik nafas dengan dalam
-nafas pendek (untuk mengelakkan sakit dada jika bernafas dalam-dalam)
-mengalami jangkitan kuman atau demam pada masa-masa sebelum sakit dada
4. Psikologi (tekanan diri)
-sakit dada menyusul selepas perasaan takut muncul
-denyutan jantung menjadi kencang
-nafas menjadi pendek
-berpeluh berlebihan tanpa sebab
5. Kanser
-Organ dalam badan pecah
-sakit pada bahagian badan atau dada secara tiba-tiba dan merebak kebelakang
-bahagian depan badan menjadi keras (abdominal rigidity)
jadi alhamdulillah, sakit dada aku bukan sebab masalah jantung.... setakat apa yang aku rasa nie la, aku cuma sakit dada disebabkan masalah sistem pernafasan.... xda la teruk sangat....
setakat nie ja aku mampu cerita kali ni.... oh ya, dulu ada yang selalu pesan kat aku supaya jaga diri... kalau sakit p check.... nie dah xda yang pesan.... si dia nak aku sakit.... supaya tak boleh jumpa dia lagi.... aku tak sempat pun nak lamar dia jadi teman hidup aku.... tak boleh la.... tak cuba lagi....
~....wa la haula wala quwwata illa billahil `aliyyil `azimm....~
Monday, January 31, 2011
Posted by Taip Saja-Saja at 11:48 PM 0 comments
Sunday, January 30, 2011
si dia....
cinta itu... banyak pengertian...
orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu....
setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam kehidupan...
tanpa kejujuran hidup akan sentiasa menjadi mainan orang....
oleh itu, jangan tertarik dengan seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan....
jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah....
tertariklah kepada orang yang membuatmu tersenyum kerana hanya senyum dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah....
ibarat kata orang setiap bunga mawar pasti ada durinya...
dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan....
seperti durian yang berduri kerana sedapnya isi....
seperti kulit manggis yang pahit kerana manis isi di dalamnya....
dan seperti mawar yang berduri kerana keharumannya....
si dia la yg menceriakan hidup aku.... sentiasa membuatkan aku tersenyum.... skrg hidup aku cerianya sudah kurang.... xda lagi yg boleh buat aku sentiasa gembiranya.... mungkin si dia sayangg kat aku, xmau aku bagi aku berhubung dengan dia... si dia pun aku dah tak tahu apa keadaannya sekarang.... mu sihat ke..??? kalau dulu tepon aku ni sering ja berbunyi.... tapi sekarang, setiap masa aku duk tunggu mesej dari si dia.... tak mau tanya khabar aku..??? xmau tanya khabar irfan..?? xmau tahu aku sakit dada lagi ke x.?? xmau tanya aku dah berhenti rokok ke belum..?? xmau kejut aku waktu subuh...??? xmau ke...???
~sekadar coretan~ :(
Posted by Taip Saja-Saja at 2:10 PM 0 comments
Saturday, January 29, 2011
sampai....
alhamdulillah.... aku selamat sampai rumah tok ayah di machang... perjalanan yang mengambil masa selama 7 jam.... trip yang tidak begitu rush... hujan pulak tu dekat puncak titiwangsa.... lebat, berkabus, jalan licin.... jadi aku sampai tadi dalam pukul 4 la lebih kurang....
tempoh perjalanan aku hanya bersembang dengan wafi.... kalau x dak benda nak dijadikan topik bersembang, maka kami layan lagu yang sentiasa bermain di radio... haha... tapi dalam duk menghayati lagu2 tersebut, aku teringat dekat pesanan ustaz aku.... antara waktu yang mustajab doa hamba-Nya adalah ketika bermusafir....
aku duk pikir2... waktu bila kita bermusafir 2 doa dimakbulkan...?? wah, penat juga nak cari jawapan 2.... akhirnya aku berpendapat bahawa sepanjang tempoh bermusafir 2 waktu makbul doa.... jadi, bila aku tak sembang dengan wafi, aku akan berdoa.... apa yang aku minta...?? adala.... tapi, sepanjang jalan tadi fikiran aku memang nampak si dia ja.... aku tak contact langsung dia... jadi aku doakan dia sentiasa sihat, supaya allah taala pulihkan hubungan kami... macam2 la juga aku minta.... mudah-mudahan doa aku dimakbulkan... inshaallah....
~~ya allah, pulihkan hubungan aku dengan si dia.. aku dah cukup bahagia bila dia ada dekat dengan aku.. Engkau lembutkanlah hatinya agar dia dapat memaafkan kesilapan aku yang lalu, supaya dia tidak punya perasaan benci terhadap aku... ameen~~
Posted by Taip Saja-Saja at 11:40 PM 0 comments
Friday, January 28, 2011
cuti cuti...^_^
hari jumaat, penghulu segala hari... insya allah banyak barakahnya, banyak rahmatnya, hari yang cukup mulia... hari yang mana doa hamba-Nya dimakbulkan....
hari ni, bermula la perjalanan student-student ipg kampus perlis ke kampung halaman masing2... hampir 1 bulan lamanya aku x balik rumah aku.... macam mana keadaanya, tunggu jela bila dah sampai nanti...
semalam, abis ja kelas, ada orang kol aku... dia merupakan salah seorang yang sentiasa menantikan kepulangan aku bila tibanya cuti.... alhamdulillah, dia masih ingat aku... walaupun aku rasa lama tak jumpa dia.... pastinya, aku akan habiskan masa dengannya cuti kali nie.... xmau melibatkan sapa2.... banyak benda aku nak cerita kat dia... dan dia juga mesti ada cerita juga.... aku juga semalam janji kat dia nak bawa dia jalan2.... dia paling suka naik motor... tunggu jela ya... hari sabtu nie aku akan sampai rumah... insya allah...
malam semalam, aku dapat mesej dari seseorang yang tidak dikenali berbunyi lebih kurang macam ni la. "cinta itu memang anugerah Tuhan, namun ianya boleh dikawal.. permintaan daripada seorang hamba, agar dikurangkan perhubungan tanpa ikatan itu.. tidak perlu berhubung jika tiada hal yang penting, ingatla janji Allah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
aku reply mesej 2 dengan beberapa ayat.." terima kasih atas nasihat 2..." aku taw mesej 2 sebenarnya dari siapa.... akhirnya dia pun cakap... ni mesej dari si dia... si dia minta bantuan seseorang untuk menyampaikan hasratnya... pas 2 ada pesanan, "anas doa la banyak2 moga2 dijodohkan dengan si dia"
insya allah, aku akan buat apa yang si dia minta... si dia tak selesa dengan hubungan kami sekarang.... betul la apa yang dia cakap.... si dia menyedarkan aku... kurangkan berhubung... berhubung bila ada urusan yang mustahak....
~terima kasih si dia.. jaga diri baik2~
Posted by Taip Saja-Saja at 9:03 AM 0 comments
Wednesday, January 26, 2011
mohon peluang....
alhamdulillah, hari ini aku masih lagi sihat, sejahtera walaupun tak gembira sangat... kerana apa..?? kerana ada krisis dengan si dia.... sebelum ni pernah la terjadi perkara macam nie... tapi yang semalam ni yang paling besar la.... sehinggakan dia melarang aku daripada mengingatinya.... apa punca ni si dia..??? tak sayang kat aku ka...??? apa aku dah buat sampai boleh jadi macam nie....
bincang punya bincang, masih lagi aku tak jumpa apa puncanya walaupun dia dah cuba nak nyatakan.... dan antara apa yang aku cakap kat si dia" pandang betul2, fikirla baik-baik.. fikir yang aku nie betul2 sayangmu ke tidak..?? atau aku ni just main2 kat mulut, saja ja nak cakap yang aku sayangmu semata-mata kerana nak menyakiti hatimu...." tapi dia cakap xmau.... xpala... sebab aku yakin dan pasti dia akan terfikir juga nanti... bila..??? hanya si dia dan Allah taala jua yang tahu....
jadi, aku bangun tidur pagi tadi, alhamdulillah aku masih lagi bernafas.... kemudian, masa tu la baru aku sedari yang aku betul betul rasa kehilangan si dia... tiada lagi yang kejut aku subuh.... marah2 aku... tanya khabar aku... tanya aku boleh tahan tak sakit aku.. suruh aku solat jemaah.. hilang... aku bangun sendiri ja tadi.. jadi, aku pun cepat cepat mandi, solat.... setakat ni, itu ja yang mampu aku buat.. berdoa semoga hubungan aku dengan si dia kembali sedia kala... dan aku cuba nak pulihkan hubungan aku dengan si dia... aku tahu, dia ambil berat pasal aku... kalau tidak, takkan dia suruh aku pergi check kat klinik, marah2 aku bila aku sakit teruk... memang secara tersurat aku terkejut dengan tindakan dia marah2 aku.... namun secara hakikat aku tahu yang dia ambil berat, ada perasaah kasih kat aku... dan aku rasa dia akan tahu bila masa aku sedih...
minta maaf si dia atas segalanya... mohon diberi peluang untuk aku membaiki kesilapan aku.... jumpa lagi si dia...
Posted by Taip Saja-Saja at 7:45 AM 0 comments

