THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, January 31, 2011

sejuk malam nie..... sampai aku pun dah mula rasa panas2 kat dada... nafas pun jadi pendek... mengah.... semoga allah mengurangkan rasa sakit kat dada aku....

aku nak cerita sikit pasal sakit dada nie.....


sekiranya sakit dada itu berpunca dari masalah jantung,
Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness), ketat (tightness)
Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih spesifiknya ; tangan kiri)
Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur
Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan / menambah bilangan bantal semasa tidur
Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama)
Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba-tiba, pening dan loya
Sakit pada mana-mana bahagian badan
Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata
Kulit kebiru-biruan
Bengkak kaki


sekiranya bukan masalah jantung,


1. Masalah system pencernaan :
-Rasa terbakar (burning sensation) di bahagian belakang di tengah-tengah dada

-Rasa masam atau rasa makanan keluar semula kedalam mulut

-Mempunyai masalah menelan makanan

-penghasilan air liur yang berlebihan

-rasa mual, pening, dan muntah



2. Masalah system pernafasan :
-sakit dada secara tiba-tiba

-nafas pendek ketika melakukan aktiviti mahupun ketika rehat

-batuk dan berkahak (mungkin batuk berdarah)

-sakit seperti dicucuk-cucuk pada bahagian dada (sharp pain)

-denyutan jantung menjadi kencang

-Sakit dada yang bertambah baik atau buruk dengan perubahan posisi badan

-Sakit dada yang bertambah teruk apabila anda batuk atau menarik nafas dalam



3. Masalah otot dan tulang :
-Sakit pada bahagian dada sewaktu anda menekannya dengan tangan

-sakit dada apabila menarik nafas dengan dalam

-nafas pendek (untuk mengelakkan sakit dada jika bernafas dalam-dalam)

-mengalami jangkitan kuman atau demam pada masa-masa sebelum sakit dada



4. Psikologi (tekanan diri)
-sakit dada menyusul selepas perasaan takut muncul

-denyutan jantung menjadi kencang

-nafas menjadi pendek

-berpeluh berlebihan tanpa sebab



5. Kanser
-Organ dalam badan pecah

-sakit pada bahagian badan atau dada secara tiba-tiba dan merebak kebelakang

-bahagian depan badan menjadi keras (abdominal rigidity)

jadi alhamdulillah, sakit dada aku bukan sebab masalah jantung.... setakat apa yang aku rasa nie la, aku cuma sakit dada disebabkan masalah sistem pernafasan.... xda la teruk sangat....

setakat nie ja aku mampu cerita kali ni.... oh ya, dulu ada yang selalu pesan kat aku supaya jaga diri... kalau sakit p check.... nie dah xda yang pesan.... si dia nak aku sakit.... supaya tak boleh jumpa dia lagi.... aku tak sempat pun nak lamar dia jadi teman hidup aku.... tak boleh la.... tak cuba lagi....

~....wa la haula wala quwwata illa billahil `aliyyil `azimm....~

0 comments: