nnti kita main lagi ya... jgn nakal2.... abg pegi sekejap ja irfan....:)
abg buh gambar irfan nie sebab ada orang nak tgok....
assalamualaikum.... selamat2 la ya.... hahaha.... ni aku copy paste drpd teman aku.... sudi2kanla nk baca....
Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya, ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga.
Setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,
setelah ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada.
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang.
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.
Dia adalah manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga
ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu,
mengenyangkan dan berkhasiat,
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain?
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu.menyayanginya, mengasihinya.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal.
persoalannya, adakah orang yang kita dah jumpa 2, akan sayang kat kita..?? hurmm...
sumber: iluvislam.com
Friday, November 26, 2010
cukupla apa yg diperoleh.....
Posted by Taip Saja-Saja at 2:43 PM 4 comments
Wednesday, November 24, 2010
cuti oh cuti....





ni la kawan baik aku sepanjang cuti ni... kan irfan... hahaha... tma kasih irfan... nnti abg buh lgi gmba2 irfan.....
assalamualaikum.....
sihat korang ya... mudah mudahan.....
kali ni aku xde jgak la nk tulis apa2 cuma saja nk update blog..... ko lagumano...???
aku ada rmai la kawan...
mcm jenis kawan...
kawan sebenar kawan...
kawan jadi lawan...
kawan makan kawan...
kawan bukan macam main futsal, mula2 kejar... bila dah dapat, sepak....:-(
Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak...:-(
Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap...Dah dapat tendang…:-(
Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…:-(
Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…:-(
apa lagi....
ohh...
kawan ni bukan macam makanan bantuan.... tyme banjir ada, time x bnjir xdak...:-(
kawan ni bukan macam CHIPSMORE, sekejap ada sekejap xda....:-(
kawan ni bukan macam BANK, xde duit baru nk cari.....:-(
barangsiapa yang menyakiti hati kawan, melukakan hati kawan, aku rasa memang dy 2 xde akal.... terlampau bodoh la......
jadi, kawanla.... jgn umpamakan kawan 2 sama ngan pampers ka, ragbi ka, bank ka, skate ka, apa2 yang kita rasa waktu 2 ja yg kita perlukan....
anggapla kawan 2 umpama tanah ka..... xda dia kita nk berpijak kt mna....
Posted by Taip Saja-Saja at 5:35 PM 0 comments
Tuesday, November 16, 2010
abis sudah....
aku rndu kt bdak nie.... IRFAN.. kita jumpa lagi ya.... irfan doakan abg slmat smpai esok.. boleh kita jalan2.... :)
tiba2 bila nk balik kg ni teringat budak nie.... yahoooo....
salam.... tulis saja2 ja.... x mgharap org bca.... ni la tempat aku meluahkan apa yang dirasa....
besok aku bertolak balik ke kampung halaman.... lama x balik... abis sudah pengajian aku untuk PPSMP.... itula kisah perjalanan aku sebagai guru pelatih.... tahun depan, bermula la plak pengajian degree aku.... inshaAllah.... apa yg akan terjadi tahun depan, wallahualam....
bnyak perkara yg berlaku sem ni.... haha... mcm2 la... toksah citer..... hari koko la, jamuan raya la, jamuan klas kena serbu la, main gitar la, lawatan la, tatasusila guru pengajian agama la, group pa b la, lakonan, suluh kebodohan diri ngan spotlight.... uisy... banyak sugguh... lain msa mgkin aku story mory la.... ni aku nk tulis sikit ja.... tapi sem ni aku rasa seronok la stkat ni.... hanya mereka yg tertentu sahaja yg tahu....
tpi alhamdulillah, exam utk sem ni aku bolehla jawab.... tpi btol ka tidak xtaw la.... syukur... smoga apa yg distudy pada malam2 exam 2 akan terus menjadi ilmu, bukan sekadar utk dicurahkan hnya pada kertas exam... inshaAllah....
bwat adik beradik aku PENGAJIAN AGAMA B, JMPA TAUN DPAN.... aku sayang korang... aku seronok sangat sem ni.... maaf...
nasa dan min- tahniah & takziah utk jwtan kk dan pkk... semoga tabah menjalani tugas korang.. inshaAllah aku support korang....
baca ja.... luahan hati aku ni.... jgn nk komen apa2.... haha.. buleh2...
Posted by Taip Saja-Saja at 12:43 AM 2 comments
Tuesday, September 14, 2010
Bertemu Lagi

Hari Keluarga 2010
Kesemua adik beradik mak aku berkumpul di rumah tok Ki dan Tok Wan. Tema pertemuan kali ini, “Air dicincang tak akan putus”.
Majlis tahun ini dipengerusikan oleh makcik Roza. Selama dua tahun beliau memegang jawatan ini kerana program tahun lepas terpaksa ditangguhkan kerana masalah H1N1.
Maksudnya, cucu-cucu Tok Wan dan Tok Ki yang masih kecil dua tahun lepas sudah menjadi golongan yang menanti-nanti acara yang telah di susun. Acara sukan di sebelah petang, majlis doa selamat di sebelah malam dan diikuti dengan jamuan BBQ.
Perlantikan pengerusi untuk tahun hadapan berjalan lancar. Cuma satu usul sahaja yang dikemukakan iaitu cadangan agar majlis tahun hadapan diadakan pada hari raya pertama selepas lima tahun berlangsung pada hari raya ketiga. lama aku menunggu saat ini kerana lima tahun berturut-turut kami tdiak berkumpul pada hari raya yang pertama.
Secara keseluruhannya kumpulan aku iaitu kumpulan APE DEWO (apam dewa) telah menjadi johan bagi hari keluarga tahun ini, menewaskan satu lagi kumpulan, JEPUT IKE (jemput ikan). Tahniah diucapkan kepada kumpulan APE DEWO.....
Emmmm…. kami bersyukur kerana mempunyai keluarga yang harmoni. Insya Allah keharmonian yang ada pada keluarga kami akan kekal sehingga bertemu di dalam Jannatul Firdaus yang kekal abadi.
Posted by Taip Saja-Saja at 12:54 AM 0 comments
Saturday, September 11, 2010
antara meriah dan tidak...
assalamualaikum.....
jom kita cita psal raya....
malam raya aku kt umah tok ayah aku... ramai sepupu aku menampakkan diri mereka... malam 2, aku ngan sepupu aku lepak warung kt Tanah Merah... saja ja nak amik angin malam Raya... dari kul 9.30 malam smpaila kul 12.30 malam sampai kt rumah... sampai2 tidur ja....
dipendekkan cita, raya aku tahun nie berlainan sikit... malam raya aku kat kg aku di kelantan. setelah beberapa tahun aku tidak beraya di sana, akhirnya aku buleh jgak smyang raya kt kg aku...
slalunya, raya2 4 5 tahun lepas aku smyang raya masjid kt umah aku ja... pas 2 pusing2 umah sedara kt area2 sana, sebelah petang baru aku ngan famili berangkat ke kg kt kelantan....
Jadi, raya aku tahun ini meriah dan berbeza.... sebab pagi raya aku bersama ngan sepupu2 aku yang hampir kesemuanya kepala masuk air... sama mcm aku.... Like Cousin Like Cousin... hehehe... best gila... penuh rumah tok ayah... semua adik beradik ayah aku ada masa 2.... seronok... macam2 topik yang menjadi buah perbualan... antara yang hangat ialah majlis perkahwinan sepupu aku pada raya ke 7.... hahaha.... hilang sorang lgi sepupu bujang aku... makin berkurang.... hmmm....
Cuma, yg pasti, raya aku tahun ni jgak ada kurangnya.... aku hilang sorang kawan istimewa aku.... HILANG MACAM 2 JA.... aku dh x msj.... slalunya dy la yg aku duk msj... smpai subuh pun dy yg kejut aku.... tiba2 ja xmau msj.... aduhh.... raya x meriah.... yela.... aku dh calonkan dy jdi teman istimewa.... hehehe
Tapi kawan yang baik ada cakap kt aku. "Anas, klau kita ja suka, tapi orang 2 x suka x kemana jgak... nk kena ada komunikasi yg betul.... bla bla bla." wah... komunikasi aku memang teruk.... huh....
terima kasih la kepada kawan baik aku 2.... x jemu2 memberi nasihat kt budak mcm aku nie.... bagus2.... kita mentadbir, ALLAH punya takdir....
kepada mereka yg membaca, ambillah pengajaran klau nk ambil...
hahaha
okla... selamat hari raya... semoga ALLAH memberkati....
BARAKALLAHU LAKUMA WABARAKA....
Posted by Taip Saja-Saja at 10:31 PM 0 comments

