aku rndu kt bdak nie.... IRFAN.. kita jumpa lagi ya.... irfan doakan abg slmat smpai esok.. boleh kita jalan2.... :)
tiba2 bila nk balik kg ni teringat budak nie.... yahoooo....
salam.... tulis saja2 ja.... x mgharap org bca.... ni la tempat aku meluahkan apa yang dirasa....
besok aku bertolak balik ke kampung halaman.... lama x balik... abis sudah pengajian aku untuk PPSMP.... itula kisah perjalanan aku sebagai guru pelatih.... tahun depan, bermula la plak pengajian degree aku.... inshaAllah.... apa yg akan terjadi tahun depan, wallahualam....
bnyak perkara yg berlaku sem ni.... haha... mcm2 la... toksah citer..... hari koko la, jamuan raya la, jamuan klas kena serbu la, main gitar la, lawatan la, tatasusila guru pengajian agama la, group pa b la, lakonan, suluh kebodohan diri ngan spotlight.... uisy... banyak sugguh... lain msa mgkin aku story mory la.... ni aku nk tulis sikit ja.... tapi sem ni aku rasa seronok la stkat ni.... hanya mereka yg tertentu sahaja yg tahu....
tpi alhamdulillah, exam utk sem ni aku bolehla jawab.... tpi btol ka tidak xtaw la.... syukur... smoga apa yg distudy pada malam2 exam 2 akan terus menjadi ilmu, bukan sekadar utk dicurahkan hnya pada kertas exam... inshaAllah....
bwat adik beradik aku PENGAJIAN AGAMA B, JMPA TAUN DPAN.... aku sayang korang... aku seronok sangat sem ni.... maaf...
nasa dan min- tahniah & takziah utk jwtan kk dan pkk... semoga tabah menjalani tugas korang.. inshaAllah aku support korang....
baca ja.... luahan hati aku ni.... jgn nk komen apa2.... haha.. buleh2...
Tuesday, November 16, 2010
abis sudah....
Posted by Taip Saja-Saja at 12:43 AM 2 comments
Tuesday, September 14, 2010
Bertemu Lagi

Hari Keluarga 2010
Kesemua adik beradik mak aku berkumpul di rumah tok Ki dan Tok Wan. Tema pertemuan kali ini, “Air dicincang tak akan putus”.
Majlis tahun ini dipengerusikan oleh makcik Roza. Selama dua tahun beliau memegang jawatan ini kerana program tahun lepas terpaksa ditangguhkan kerana masalah H1N1.
Maksudnya, cucu-cucu Tok Wan dan Tok Ki yang masih kecil dua tahun lepas sudah menjadi golongan yang menanti-nanti acara yang telah di susun. Acara sukan di sebelah petang, majlis doa selamat di sebelah malam dan diikuti dengan jamuan BBQ.
Perlantikan pengerusi untuk tahun hadapan berjalan lancar. Cuma satu usul sahaja yang dikemukakan iaitu cadangan agar majlis tahun hadapan diadakan pada hari raya pertama selepas lima tahun berlangsung pada hari raya ketiga. lama aku menunggu saat ini kerana lima tahun berturut-turut kami tdiak berkumpul pada hari raya yang pertama.
Secara keseluruhannya kumpulan aku iaitu kumpulan APE DEWO (apam dewa) telah menjadi johan bagi hari keluarga tahun ini, menewaskan satu lagi kumpulan, JEPUT IKE (jemput ikan). Tahniah diucapkan kepada kumpulan APE DEWO.....
Emmmm…. kami bersyukur kerana mempunyai keluarga yang harmoni. Insya Allah keharmonian yang ada pada keluarga kami akan kekal sehingga bertemu di dalam Jannatul Firdaus yang kekal abadi.
Posted by Taip Saja-Saja at 12:54 AM 0 comments
Saturday, September 11, 2010
antara meriah dan tidak...
assalamualaikum.....
jom kita cita psal raya....
malam raya aku kt umah tok ayah aku... ramai sepupu aku menampakkan diri mereka... malam 2, aku ngan sepupu aku lepak warung kt Tanah Merah... saja ja nak amik angin malam Raya... dari kul 9.30 malam smpaila kul 12.30 malam sampai kt rumah... sampai2 tidur ja....
dipendekkan cita, raya aku tahun nie berlainan sikit... malam raya aku kat kg aku di kelantan. setelah beberapa tahun aku tidak beraya di sana, akhirnya aku buleh jgak smyang raya kt kg aku...
slalunya, raya2 4 5 tahun lepas aku smyang raya masjid kt umah aku ja... pas 2 pusing2 umah sedara kt area2 sana, sebelah petang baru aku ngan famili berangkat ke kg kt kelantan....
Jadi, raya aku tahun ini meriah dan berbeza.... sebab pagi raya aku bersama ngan sepupu2 aku yang hampir kesemuanya kepala masuk air... sama mcm aku.... Like Cousin Like Cousin... hehehe... best gila... penuh rumah tok ayah... semua adik beradik ayah aku ada masa 2.... seronok... macam2 topik yang menjadi buah perbualan... antara yang hangat ialah majlis perkahwinan sepupu aku pada raya ke 7.... hahaha.... hilang sorang lgi sepupu bujang aku... makin berkurang.... hmmm....
Cuma, yg pasti, raya aku tahun ni jgak ada kurangnya.... aku hilang sorang kawan istimewa aku.... HILANG MACAM 2 JA.... aku dh x msj.... slalunya dy la yg aku duk msj... smpai subuh pun dy yg kejut aku.... tiba2 ja xmau msj.... aduhh.... raya x meriah.... yela.... aku dh calonkan dy jdi teman istimewa.... hehehe
Tapi kawan yang baik ada cakap kt aku. "Anas, klau kita ja suka, tapi orang 2 x suka x kemana jgak... nk kena ada komunikasi yg betul.... bla bla bla." wah... komunikasi aku memang teruk.... huh....
terima kasih la kepada kawan baik aku 2.... x jemu2 memberi nasihat kt budak mcm aku nie.... bagus2.... kita mentadbir, ALLAH punya takdir....
kepada mereka yg membaca, ambillah pengajaran klau nk ambil...
hahaha
okla... selamat hari raya... semoga ALLAH memberkati....
BARAKALLAHU LAKUMA WABARAKA....
Posted by Taip Saja-Saja at 10:31 PM 0 comments
Monday, August 30, 2010
perlukah setia?
assalamualaikum.....
orang kata, kalau dah suka kat seseorang tu, kena setia.... sebab apa?? aku pun xtaw.... sehinggalah aku terbaca post kat blog member aku.... baru aku teringat, aku pernah baca benda tu sebelum2 nie... hari ni baru aku terasa nak post.... hehehe aku copy and paste ja....
inilah dia petikan 2..... renung2 kanlah... hehehe
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru dan seorang pelajarnya.
Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting, sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?
Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab: Ye, itu lah cinta.
Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu kasih sayang?
Guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini?
Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong.
Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.
Maka guru itu menjawab: Itulah kasih sayang. Janganlah terlalu memilih, kerana tiada manusia yang sempurna.
Posted by Taip Saja-Saja at 1:10 AM 0 comments
Saturday, August 28, 2010
ya ka..??
sedaaapppppp.....
asslamualaikum.....
aku la.... klau bkan psal aku x bwk laptop datang mktab dh lama aku edit blog aku.... heheheh
tpi xpa.... ni aku nk update cket ja....
sblom 2.. aku nk ucpkan slmat menyambut rmadhan al mubarak.... moga ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding yang lepas2....
smlam aku gerak ke padang besar.... rumah sahabat aku.... sja ja nk jalan2.... nk kenal negeri orang... aku, zaki, nasa, din dan saiful selaku tuan rumah.... boring kot duk kt mktb... hehehe... xda apa kami buat kat sana.... cuma shopping jela.... aku pown xbleh nk shopping sgt... almklumla, di penghujung bulan nie, paham2 la yer....
nnti mgkin lpas rya aku pegi lgi kot... hahaha.... best2....
Posted by Taip Saja-Saja at 10:26 PM 0 comments



