THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 9, 2011

khas untuk si dia....

Cinta adalah perasaan istimewa yang dianugerahkan kepada manusia. Cinta menghidupkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang bahagia dan merana pada masa yang sama. Sesiapa yang memahami cinta akan menjadi tuannya, bukan hambanya....

Orang yang bercinta bebas melakukan apa sahaja di luar kemampuan batasan agama. Cinta itu sememangnya buta. Kalau ditegur dikatakan kolot dan tidak berfikiran terbuka, tetapi bagi aku terutamanya si gadis-gadis tidak perlulah berlabur dengan melakukan semua itu kerana takut tidak laku, tak dicintai.

Semua sudah jelas jodoh itu telah ditentukan buat anda sejak azali lagi. Apa yang perlu diresahkan. Sekiranya takut untuk menjadi andartu, ketahuilah bahawa jika pasangan anda bukan di dunia, ALLAH telah sisipkan buat anda pasangan yang terindah di akhirat, hakikatnya iman kita yang masih goyah dan tidak sekuat mana yang memungkinkan kita tidak berjaya menempuhi dugaan MAHA HEBAT ini.

Janganlah sesekali menjadikan diri kita lemah dan sentiasa akur dengan keadaan. Jadikanlah cinta untuk menguatkan pendirian serta jati diri kita dalam mengenal sesuatu kebenaran mahupun kebatilan. Permasalahannya, manusia mudah hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat bercinta. Atas dasar inilah, manusia sering lalai dan mengikut ikutan orang terutamanya ikutan barat yang menubuhkan institusi sulit untuk memesongkan islam. Tekad kita haruslah jelas untuk terus ke jalan yang lurus.

Kepura-puraan dalam bercinta jelas kelihatan sekiranya tiada ciri-ciri rasa hormat, bertanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan bermatlamat. Kurang salah satu ciri menunjukkan seseorang itu masih ragu-ragu, kadang kala kelihatan berpura-pura, kadang kala juga kelihatan benar-benar tulus bercinta. Jelasnya, Al-Quran ada menyebut sifat prasangka buruk, syak wasangka dan berpura-pura sememangnya ciri- ciri orang munafik. InsyaALLAH kita dijauhkan dari penyakit hati ini.



Ada segolongan hamba ALLAH yang berfikir bahawa mereka haruslah mencuba dan terus mencuba sesuatu yang terlarang. Sudah dicuba dan dialami sendiri , barulah diketahui baik dan buruknya sesuatu. Kalau terlajak sekalipun, taubatnya kemudian. Sikap sebegini sememangnya bahaya dan merosakkan.


Cinta dalam islam adalah cinta bermatlamat, bukan cinta kosong yang tidak memberikan apa-apa hanya sekadar nafsu tetapi cinta yang mempunyai pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari ALLAH. Bagi pendapat aku, tidak salah kalau kita hendak berkasih tapi ketahuilah batas-batasnya, ajaklah pasangan anda bersama-sama anda menyahut tuntutan ini. Ianya bakal menjadikan anda lebih bersemangat untuk melakukannya.

Akhir sekali, hakikat cinta hanyalah kepada ALLAH semata-mata, bukanlah seperti lagu-lagu cinta yang dimainkan terlalu memuja kekasih hati, tekadlah bercinta dengan ALLAH dahulu, jaga hubungan yang baik dengan MAHA PENCIPTA , sebelum menjalinkan hubungan dengan mana-mana makhluk. Itulah kebahagian abadi yang bakal anda kecapi. Contohilah cinta ideal Rasulullah SAW dalam menghadapi cabaran globalisasi yang mendatang

"WAHAI TUHAN KAMI, BERILAH KAMI BEROLEH DARI ISTERI-ISTERI DAN ZURIAT KETURUNAN KAMI: PERKARA-PERKARA YANG MENYUKAKAN HATI MELIHATNYA, DAN JADIKANLAH KAMI IMAM IKUTAN BAGI ORANG-ORANG YANG (MAHU) BERTAQWA.

~terima kasih si dia.. khas untukmu~

0 comments: