Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w.
Alhamdulillah kerana hingga ke saat ini, masih diberi peluang olehNya untuk mencoret sesuatu buat perkongsian hati-hati mujahid dan mujahidah Islam. Rasanya tidak perlu dinyatakan lagi siapa 'Dia..' kerana semua pasti mengenalinya. Sempena hari keputeraannya dua hari yang lalu, ingin saya coretkan dan berkongsi sesuatu sebagai tanda kasih dan cinta buatnya. Sengaja dilewatkan, bukan bererti lupa, tetapi ingin menyuburkan hati ini dengan sentiasa berselawat dan mencintai dirinya setelah Allah yang Esa. Insyaallahu taala.... semoga kita dapat bersama Nabiyyuna Muhammad SAW di akhirat kelak.....
Thursday, February 17, 2011
Posted by Taip Saja-Saja at 7:24 PM 0 comments
Wednesday, February 9, 2011
khas untuk si dia....
Cinta adalah perasaan istimewa yang dianugerahkan kepada manusia. Cinta menghidupkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang bahagia dan merana pada masa yang sama. Sesiapa yang memahami cinta akan menjadi tuannya, bukan hambanya....
Orang yang bercinta bebas melakukan apa sahaja di luar kemampuan batasan agama. Cinta itu sememangnya buta. Kalau ditegur dikatakan kolot dan tidak berfikiran terbuka, tetapi bagi aku terutamanya si gadis-gadis tidak perlulah berlabur dengan melakukan semua itu kerana takut tidak laku, tak dicintai.
Semua sudah jelas jodoh itu telah ditentukan buat anda sejak azali lagi. Apa yang perlu diresahkan. Sekiranya takut untuk menjadi andartu, ketahuilah bahawa jika pasangan anda bukan di dunia, ALLAH telah sisipkan buat anda pasangan yang terindah di akhirat, hakikatnya iman kita yang masih goyah dan tidak sekuat mana yang memungkinkan kita tidak berjaya menempuhi dugaan MAHA HEBAT ini.
Janganlah sesekali menjadikan diri kita lemah dan sentiasa akur dengan keadaan. Jadikanlah cinta untuk menguatkan pendirian serta jati diri kita dalam mengenal sesuatu kebenaran mahupun kebatilan. Permasalahannya, manusia mudah hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat bercinta. Atas dasar inilah, manusia sering lalai dan mengikut ikutan orang terutamanya ikutan barat yang menubuhkan institusi sulit untuk memesongkan islam. Tekad kita haruslah jelas untuk terus ke jalan yang lurus.
Kepura-puraan dalam bercinta jelas kelihatan sekiranya tiada ciri-ciri rasa hormat, bertanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan bermatlamat. Kurang salah satu ciri menunjukkan seseorang itu masih ragu-ragu, kadang kala kelihatan berpura-pura, kadang kala juga kelihatan benar-benar tulus bercinta. Jelasnya, Al-Quran ada menyebut sifat prasangka buruk, syak wasangka dan berpura-pura sememangnya ciri- ciri orang munafik. InsyaALLAH kita dijauhkan dari penyakit hati ini.
Ada segolongan hamba ALLAH yang berfikir bahawa mereka haruslah mencuba dan terus mencuba sesuatu yang terlarang. Sudah dicuba dan dialami sendiri , barulah diketahui baik dan buruknya sesuatu. Kalau terlajak sekalipun, taubatnya kemudian. Sikap sebegini sememangnya bahaya dan merosakkan.
Cinta dalam islam adalah cinta bermatlamat, bukan cinta kosong yang tidak memberikan apa-apa hanya sekadar nafsu tetapi cinta yang mempunyai pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari ALLAH. Bagi pendapat aku, tidak salah kalau kita hendak berkasih tapi ketahuilah batas-batasnya, ajaklah pasangan anda bersama-sama anda menyahut tuntutan ini. Ianya bakal menjadikan anda lebih bersemangat untuk melakukannya.
Akhir sekali, hakikat cinta hanyalah kepada ALLAH semata-mata, bukanlah seperti lagu-lagu cinta yang dimainkan terlalu memuja kekasih hati, tekadlah bercinta dengan ALLAH dahulu, jaga hubungan yang baik dengan MAHA PENCIPTA , sebelum menjalinkan hubungan dengan mana-mana makhluk. Itulah kebahagian abadi yang bakal anda kecapi. Contohilah cinta ideal Rasulullah SAW dalam menghadapi cabaran globalisasi yang mendatang
"WAHAI TUHAN KAMI, BERILAH KAMI BEROLEH DARI ISTERI-ISTERI DAN ZURIAT KETURUNAN KAMI: PERKARA-PERKARA YANG MENYUKAKAN HATI MELIHATNYA, DAN JADIKANLAH KAMI IMAM IKUTAN BAGI ORANG-ORANG YANG (MAHU) BERTAQWA.
~terima kasih si dia.. khas untukmu~
Posted by Taip Saja-Saja at 11:44 PM 0 comments
Wednesday, February 2, 2011
~haikal mikail (kesuburan yang membawa rezeki)~




sorila... gambar Safiyyah tak dapat lagi... Safiyyah masih ada kat Labuan... ni gambar Haikal Mikail dengan Faris Shah yang aku dok dukung tu...
semalam, aku balik kampung.... seronok.... best.... tujuan balik adalah untuk menjenguk sanak saudara... kebetula aku dapat sorang lagi anak sepupu.... haikal mikail... cantik namanya.... jadi, malam tu adalah cukur jambul si Kail ni.... tapi kelibat anak buah aku xda... sedih.... irfan ada kat nilai.... xbalik kelate.... rindula kat dia....
jadi, selesai upacara cukur jambul, selawat, doa2.... kami pun melantak.... haha... makan ramai2 nie memang seronok.... dengan orang kampung.... memeriahkan lagi suasana.... nabi pernah bersabda, ada 5 hak muslim sesama muslim... antaranya ialah memenuhi jemputan keramaian.... rupanya ada hikmah kalau kita memenuhi jemputan keramaian....
habis majlis, kami pun rehat2.. sembang2 pasal baby 2.... aku temuramah kaksu, ibu kepada haikal mikail ni... antara soalan2 yang dikemukakan adalah, apakah perasaan kaksu setelah melahirkan anak...?? bukan sebarang anak, tapi nie anak yang pertama.... best 2.... jadi jawabnya kaksu, "alhamdulillah.... rasa seronok tak terhingga... bila dah melahirkan anak nie, barula kaksu tahu apa sebenarnya perasaan seorang ibu terhadap anaknya, yang mengandungkan anak selama 9 bulan.... orang laki mana boleh rasa pengalaman mengandung." satu lagi kaksu cakap,"anak ni merupakan tanda sebenar cinta kita terhadap suami setelah ada ikatan yang sah. jadi doa2la biar dapat isteri yang sejuk mata memandang anas ya.. apayang anas dah jumpa sekarang, buat yang terbaik untuk jaga dia...!" hahaha... aku pulak yang kena.... hmmm....
haha... temuramah tanpa tauliah.... yang penting, anak 2 anugerah allahu taala.... kita kenala jaga amanah nie.... betulkan..?? owh, haikal mikail nie anak sepupu aku.... aku juga menerima berita gembira ada sorang lagi sepupu aku yang selamat dilahirkan.... safiyyah binti nairol islan.... simple ja nama.... aku cukup suka nama yang simple2 nie.... teringat plak aku nama si dia.... cukup2 simple.... pertama kali aku jumpa nama yang macam si dia.... terus tertarik.... subhanallah.... semoga dia memaafkan aku atas kesilapan yang aku lakukan kat dia... mudah-mudahan.....
~si dia..??~
Posted by Taip Saja-Saja at 10:53 PM 0 comments

