sejuk malam nie..... sampai aku pun dah mula rasa panas2 kat dada... nafas pun jadi pendek... mengah.... semoga allah mengurangkan rasa sakit kat dada aku....
aku nak cerita sikit pasal sakit dada nie.....
sekiranya sakit dada itu berpunca dari masalah jantung,
Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness), ketat (tightness)
Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih spesifiknya ; tangan kiri)
Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur
Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan / menambah bilangan bantal semasa tidur
Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama)
Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba-tiba, pening dan loya
Sakit pada mana-mana bahagian badan
Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata
Kulit kebiru-biruan
Bengkak kaki
sekiranya bukan masalah jantung,
1. Masalah system pencernaan :
-Rasa terbakar (burning sensation) di bahagian belakang di tengah-tengah dada
-Rasa masam atau rasa makanan keluar semula kedalam mulut
-Mempunyai masalah menelan makanan
-penghasilan air liur yang berlebihan
-rasa mual, pening, dan muntah
2. Masalah system pernafasan :
-sakit dada secara tiba-tiba
-nafas pendek ketika melakukan aktiviti mahupun ketika rehat
-batuk dan berkahak (mungkin batuk berdarah)
-sakit seperti dicucuk-cucuk pada bahagian dada (sharp pain)
-denyutan jantung menjadi kencang
-Sakit dada yang bertambah baik atau buruk dengan perubahan posisi badan
-Sakit dada yang bertambah teruk apabila anda batuk atau menarik nafas dalam
3. Masalah otot dan tulang :
-Sakit pada bahagian dada sewaktu anda menekannya dengan tangan
-sakit dada apabila menarik nafas dengan dalam
-nafas pendek (untuk mengelakkan sakit dada jika bernafas dalam-dalam)
-mengalami jangkitan kuman atau demam pada masa-masa sebelum sakit dada
4. Psikologi (tekanan diri)
-sakit dada menyusul selepas perasaan takut muncul
-denyutan jantung menjadi kencang
-nafas menjadi pendek
-berpeluh berlebihan tanpa sebab
5. Kanser
-Organ dalam badan pecah
-sakit pada bahagian badan atau dada secara tiba-tiba dan merebak kebelakang
-bahagian depan badan menjadi keras (abdominal rigidity)
jadi alhamdulillah, sakit dada aku bukan sebab masalah jantung.... setakat apa yang aku rasa nie la, aku cuma sakit dada disebabkan masalah sistem pernafasan.... xda la teruk sangat....
setakat nie ja aku mampu cerita kali ni.... oh ya, dulu ada yang selalu pesan kat aku supaya jaga diri... kalau sakit p check.... nie dah xda yang pesan.... si dia nak aku sakit.... supaya tak boleh jumpa dia lagi.... aku tak sempat pun nak lamar dia jadi teman hidup aku.... tak boleh la.... tak cuba lagi....
~....wa la haula wala quwwata illa billahil `aliyyil `azimm....~
Monday, January 31, 2011
Posted by Taip Saja-Saja at 11:48 PM 0 comments
Sunday, January 30, 2011
si dia....
cinta itu... banyak pengertian...
orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu....
setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam kehidupan...
tanpa kejujuran hidup akan sentiasa menjadi mainan orang....
oleh itu, jangan tertarik dengan seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan....
jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah....
tertariklah kepada orang yang membuatmu tersenyum kerana hanya senyum dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah....
ibarat kata orang setiap bunga mawar pasti ada durinya...
dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan....
seperti durian yang berduri kerana sedapnya isi....
seperti kulit manggis yang pahit kerana manis isi di dalamnya....
dan seperti mawar yang berduri kerana keharumannya....
si dia la yg menceriakan hidup aku.... sentiasa membuatkan aku tersenyum.... skrg hidup aku cerianya sudah kurang.... xda lagi yg boleh buat aku sentiasa gembiranya.... mungkin si dia sayangg kat aku, xmau aku bagi aku berhubung dengan dia... si dia pun aku dah tak tahu apa keadaannya sekarang.... mu sihat ke..??? kalau dulu tepon aku ni sering ja berbunyi.... tapi sekarang, setiap masa aku duk tunggu mesej dari si dia.... tak mau tanya khabar aku..??? xmau tanya khabar irfan..?? xmau tahu aku sakit dada lagi ke x.?? xmau tanya aku dah berhenti rokok ke belum..?? xmau kejut aku waktu subuh...??? xmau ke...???
~sekadar coretan~ :(
Posted by Taip Saja-Saja at 2:10 PM 0 comments
Saturday, January 29, 2011
sampai....
alhamdulillah.... aku selamat sampai rumah tok ayah di machang... perjalanan yang mengambil masa selama 7 jam.... trip yang tidak begitu rush... hujan pulak tu dekat puncak titiwangsa.... lebat, berkabus, jalan licin.... jadi aku sampai tadi dalam pukul 4 la lebih kurang....
tempoh perjalanan aku hanya bersembang dengan wafi.... kalau x dak benda nak dijadikan topik bersembang, maka kami layan lagu yang sentiasa bermain di radio... haha... tapi dalam duk menghayati lagu2 tersebut, aku teringat dekat pesanan ustaz aku.... antara waktu yang mustajab doa hamba-Nya adalah ketika bermusafir....
aku duk pikir2... waktu bila kita bermusafir 2 doa dimakbulkan...?? wah, penat juga nak cari jawapan 2.... akhirnya aku berpendapat bahawa sepanjang tempoh bermusafir 2 waktu makbul doa.... jadi, bila aku tak sembang dengan wafi, aku akan berdoa.... apa yang aku minta...?? adala.... tapi, sepanjang jalan tadi fikiran aku memang nampak si dia ja.... aku tak contact langsung dia... jadi aku doakan dia sentiasa sihat, supaya allah taala pulihkan hubungan kami... macam2 la juga aku minta.... mudah-mudahan doa aku dimakbulkan... inshaallah....
~~ya allah, pulihkan hubungan aku dengan si dia.. aku dah cukup bahagia bila dia ada dekat dengan aku.. Engkau lembutkanlah hatinya agar dia dapat memaafkan kesilapan aku yang lalu, supaya dia tidak punya perasaan benci terhadap aku... ameen~~
Posted by Taip Saja-Saja at 11:40 PM 0 comments
Friday, January 28, 2011
cuti cuti...^_^
hari jumaat, penghulu segala hari... insya allah banyak barakahnya, banyak rahmatnya, hari yang cukup mulia... hari yang mana doa hamba-Nya dimakbulkan....
hari ni, bermula la perjalanan student-student ipg kampus perlis ke kampung halaman masing2... hampir 1 bulan lamanya aku x balik rumah aku.... macam mana keadaanya, tunggu jela bila dah sampai nanti...
semalam, abis ja kelas, ada orang kol aku... dia merupakan salah seorang yang sentiasa menantikan kepulangan aku bila tibanya cuti.... alhamdulillah, dia masih ingat aku... walaupun aku rasa lama tak jumpa dia.... pastinya, aku akan habiskan masa dengannya cuti kali nie.... xmau melibatkan sapa2.... banyak benda aku nak cerita kat dia... dan dia juga mesti ada cerita juga.... aku juga semalam janji kat dia nak bawa dia jalan2.... dia paling suka naik motor... tunggu jela ya... hari sabtu nie aku akan sampai rumah... insya allah...
malam semalam, aku dapat mesej dari seseorang yang tidak dikenali berbunyi lebih kurang macam ni la. "cinta itu memang anugerah Tuhan, namun ianya boleh dikawal.. permintaan daripada seorang hamba, agar dikurangkan perhubungan tanpa ikatan itu.. tidak perlu berhubung jika tiada hal yang penting, ingatla janji Allah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
aku reply mesej 2 dengan beberapa ayat.." terima kasih atas nasihat 2..." aku taw mesej 2 sebenarnya dari siapa.... akhirnya dia pun cakap... ni mesej dari si dia... si dia minta bantuan seseorang untuk menyampaikan hasratnya... pas 2 ada pesanan, "anas doa la banyak2 moga2 dijodohkan dengan si dia"
insya allah, aku akan buat apa yang si dia minta... si dia tak selesa dengan hubungan kami sekarang.... betul la apa yang dia cakap.... si dia menyedarkan aku... kurangkan berhubung... berhubung bila ada urusan yang mustahak....
~terima kasih si dia.. jaga diri baik2~
Posted by Taip Saja-Saja at 9:03 AM 0 comments
Wednesday, January 26, 2011
mohon peluang....
alhamdulillah, hari ini aku masih lagi sihat, sejahtera walaupun tak gembira sangat... kerana apa..?? kerana ada krisis dengan si dia.... sebelum ni pernah la terjadi perkara macam nie... tapi yang semalam ni yang paling besar la.... sehinggakan dia melarang aku daripada mengingatinya.... apa punca ni si dia..??? tak sayang kat aku ka...??? apa aku dah buat sampai boleh jadi macam nie....
bincang punya bincang, masih lagi aku tak jumpa apa puncanya walaupun dia dah cuba nak nyatakan.... dan antara apa yang aku cakap kat si dia" pandang betul2, fikirla baik-baik.. fikir yang aku nie betul2 sayangmu ke tidak..?? atau aku ni just main2 kat mulut, saja ja nak cakap yang aku sayangmu semata-mata kerana nak menyakiti hatimu...." tapi dia cakap xmau.... xpala... sebab aku yakin dan pasti dia akan terfikir juga nanti... bila..??? hanya si dia dan Allah taala jua yang tahu....
jadi, aku bangun tidur pagi tadi, alhamdulillah aku masih lagi bernafas.... kemudian, masa tu la baru aku sedari yang aku betul betul rasa kehilangan si dia... tiada lagi yang kejut aku subuh.... marah2 aku... tanya khabar aku... tanya aku boleh tahan tak sakit aku.. suruh aku solat jemaah.. hilang... aku bangun sendiri ja tadi.. jadi, aku pun cepat cepat mandi, solat.... setakat ni, itu ja yang mampu aku buat.. berdoa semoga hubungan aku dengan si dia kembali sedia kala... dan aku cuba nak pulihkan hubungan aku dengan si dia... aku tahu, dia ambil berat pasal aku... kalau tidak, takkan dia suruh aku pergi check kat klinik, marah2 aku bila aku sakit teruk... memang secara tersurat aku terkejut dengan tindakan dia marah2 aku.... namun secara hakikat aku tahu yang dia ambil berat, ada perasaah kasih kat aku... dan aku rasa dia akan tahu bila masa aku sedih...
minta maaf si dia atas segalanya... mohon diberi peluang untuk aku membaiki kesilapan aku.... jumpa lagi si dia...
Posted by Taip Saja-Saja at 7:45 AM 0 comments
Tuesday, January 25, 2011
alhamdulillah....
hari nie aku pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan doktor.... setelah dipaksa oleh si dia... sehingga si dia marah kat aku.... hmm... aku ambil keputusan untuk pergi ke klinik..... bila dah abis pemeriksaan, secara kasarnya, aku sakit dada 2 berpunca dari demam aku minggu lepas... namun secara halus dan mendalam, aku pun tak tahu apa punca...
nie aku nak berterima kasih kat si dia... sesungguhnya, tanpa dia berserta keizinan Allah, sampai hari ni aku takkan pergi ke klinik.... sebab aku boleh tahan lagi.... xda masalah.... lagipun, pernah sekali aku tanya kat dia, dia risau kat aku tak..?? dengan selambanya dia menjawab tak... sepatah ja....
jadi, malam kelmarin aku kena serang skali lagi.... dan malam 2 aku rasa paling sakit... sehingga apa yang bermain kat kepala aku ni, budak budak PA(B) kenyang 7 malam dah..... masa 2, aku dah beritahu sahabat aku, Pon supaya standby la.... kot2 jadi apa2, dia yang akan bawak aku p hospital....
aku pun cerita kat si dia yang aku tengah sakit dada.... dia ja aku rasa sudi mendengar.... time 2 la dia betul2 marah kat aku.... siap cakap lagi,"klau nak tggu trok baik xpyh p trus.. biar mati ja"... wah, memang si dia marah aku... sedih aku..... yala, itu bukan jawapan yang kita mahukan dari dia, orang yang kita sayang... masa 2 aku dah pikir memang dia xpernah risau kat aku pun... namun, apa yang berlaku selepas 2 luar jangkaan aku.... dia tanya aku," memang suka bagi org lain risau ka? klu xksah psal diri sendiri, ksahlah kat family, irfan.." dan kemudian aku jawab la," aku yg sakit, bukannya family aku.. insyaallah, xda apa.. lagipun family aku yg risau.. si dia tak risau kot.. jadi kira okeyla.." itula jawapan aku...
selang beberapa minit kemudian, dia cakap," kdg2, kta xprlu nk nytkan scra trsurat apa yang kita rasa kat orang.. kita juga kena pandai bc bahasa badan.. marah 2 tandanya apa?...." ya allah... first impression aku, dia risau kat aku ka..?? klau dia risau kat aku, kenapa dulu dy cakap x risau kat aku...?? bila ja dia cakap macam 2, aku cakap kat dia balik.."mu xyah la risau, xda apa2... insyaallah...." begitula lebih kurang pemangkin untuk aku p klinik...
terima kasih si dia.... aku betul2 sayang kat dia.... aku harap dia yang jadi teman hidup aku, dia yang akan jaga aku bila aku sakit nanti.... insyaallah....
~terima kasih si dia~
Posted by Taip Saja-Saja at 5:08 PM 0 comments
Sunday, January 23, 2011
hari 2 aku ada terbaca status kat facebook kawan aku......
..:: saya sudah bahagia dengan kehidupan sekarang...::..terima kasih..
aku x berapa nak faham sangat dengan status sebegini.... adakah dia 2 benar2 bahagia, ataupun berlakon jadi bahagia untuk melupakan kisah lama....
sama juga dengan aku.... bahagia tak aku dengan kehidupan aku sekarang...??? hepi tak..??? gembira tak...??? betul ka setiap tindakan aku untuk mencapai kebahagiaan yang sebenar...???
untuk masa sekarang, bahagia tak aku dengan si dia..??? hmmm.... boleh ke dia bimbing aku nak capai kebahagiaan di akhirat kelak...??? sekarang ni pun dia yang banyak bimbing aku..... wallahu`alam... moga2 termakbul....
cakap pasal bahagia nie kan,
Sungguh sedap jika dipandang mata,sungguh merdu kalau didengar telinga,sungguh nikmat jika ikut merasakan,apakah itu?? Hidup bahagia.
Hidup bahagia sungguh indah,menjadi impian setiap anak adam,walau susah dicapai,harus penuh perjuangan,tapi...itulah kehidupan yang harus kita tempuh.
Hidup bahagia banyak macamnya,,oklah kalau begitu,,
menurut kebanyakan orang,hidup bahagia ada tiga macam... apa saja???
1.Kebahagiaan di dunia.
kalau kita berbicara tentang kebahagiaan di dunia,tentunya tidak sedikit yang mengalaminya,bahkan setiap orang boleh merasakan saat saat bahagia,walaupun hanya sebentar. contohnya,seseorang yang baru menikah,pasti akan sangat bahagia,tapi kebahagiaan itu akan pergi jika terjadi masalah yang sangat serius,hingga menyebabkan perpisahan.
Ada juga seseorang yang hidupnya serba mencukupi,keretanya wah,rumahnya wah,pendek kata semuanya wah laa... pasti akan merasakan kebahagiaan tersendiri,walaupun kadang-kadang masih merasa kurang. Itulah kebahagiaan dunia yang hanya sementara, kadang kadang datang,kadang kadang pergi.
2.kebahagiaan di akhirat.
Semua orang tentu ingin merasakan juga hidup bahagia di akhirat,dan tentunya cita cita setiap orang. Hanya memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang luar biasa.Kita harus melaksanakan segala perintah Allah,dan juga menjauhi larangan Allah,itu adalah kunci meraih kebahagiaan akhirat.kebahagiaan akhirat adalah kebahagiaan yang hakiki,dan bahagia selama lamanya tanpa batas,tanpa diselangi dengan kesedihan.
kadang-kadang untuk mencapai kebahagian di akhirat ini,kita harus sabar menghadapi semua ujian dan musibah yang ada didunia ini,entah diuji dengan kemiskinan,kelaparan dan sebagainya. Asal kita sabar dan tetap beriman hingga akhir hayat,pasti kita akan menuai kebahagiaan di akhirat,walaupun kehidupan dunia kita sangat sederhana dan penuh ujian.
3.Kebahagiaan dunia dan akhirat.
Inilah harapan setiap insan,cita cita setiap manusia,bahagia di dunia dan di akhirat.
ketika di dunia selalu senang,mencukupi,ibadah juga rajin,tentunya akan memperoleh kebahagiaan di akhirat. semoga kita semua termasuk menjadi golongan yang bahagia di dunia mahupun akhirat,amin.
....:::aku sudah bahagia dengan kehidupan sekarang...::..terima kasih si dia.... semoga si dia yang membahagiakan aku kelak nanti.... InshaAllah....
Posted by Taip Saja-Saja at 10:12 AM 0 comments
tanda-tanda allah sayang kat kita.....
si dia ni sejak akhir2 nie katanya x sihat... aku taw kalau dia sakit memang teruk juga la... nak tolong jaga, aku nie laki, dy perempuan... mana boleh... jauh plak 2.... hmm.. jadi aku hanya boleh berdoa ja kat allah.... semoga dia cepat sembuh, hilangkan penyakit kat dia.... klau x hilang pun, skurang-kurangnya bagi la dia tenang hati cket.... dalam masa yg sama, aku pun ada cakap kat dia, jangan lupa kat allah.... Dia yang bagi kita sakit, Dia juga yang menyembuhkan sakit.... jangan sombong nak nak berdoa.... jadi ni aku tulis sikit kata2 semangat kat dia.... aku harap dia baca.... semoga cepat sembuh....
APA TANDA ALLAH SAYANG KAT KITA...???
Antara tandanya, Dia bagi kita sihat dan Dia bagi kita sakit.
Dengan kesihatan, kita boleh beribadah dan mencari kurnia-Nya.
Dengan sakitnya kita, semakin kita dapat menghargai segala pemberian-Nya dalam hidup.
Sayangnya Dia pada kita adalah dengan memberi pelbagai ujian, mehnah berserta tribulasi utk menilai
bagaimana tahap keimanan kita terhadap-Nya. Sebab nilaian janji syurga itu memerlukan pengorbanan yg amat tinggi,
sekalipun nyawa sebagai galang ganti...
~renungkanla ya si dia~
Posted by Taip Saja-Saja at 12:07 AM 0 comments
Thursday, January 20, 2011
sja ja nak tulis......
Si dia penah cakap yang syarat utama nak jadi suami dia, laki tu mestilah bukan merokok... yang 2 aku cuba buat....
jadi aku harap dia akan berubah hati bila tahu yang aku dah x merokok....
sebab itu adalah benda terbesar aku nak ubah....
aku pun boleh berhenti main gitar sebab dia penah marah aku...
aku dah jarang2 skali minum ais sebab dia dah nasihat aku jangan minum ais, bahaya.....
aku dah cuba elak tidur selepas subuh sebab dia cakap nnti rezeki payah nak masuk.... dan Si dia juga pesan kat aku, buat semua tu kerana Allah, untuk diri aku....
ya... memang aku buat semua tu kerana allah, untuk diri aku sendiri....
tapi dia yang banyak bantu aku ke arah yang lebih baik....
macam mana aku tak sayang kat dia kalau dia dah bantu aku macam2...
sebab tu aku harap2 sgat agar dia menjadi isteri aku nanti...
aku tahu dia boleh ubah aku ke arah yang lagi baik....
suami isteri dijadikan untuk melengkapi antara 1 sama lain....
mungkin Allah tak bagi nampak lagi yang dia tu boleh jadi isteri aku buat masa sekarang....
mungkin Allah tak letak lagi rasa sayang kat aku dalam hati dia buat masa sekarang...
mungkin dalam hati aku, aku tak bertawakkal bersungguh sungguh dalam aku duk memohon apa saja kat Dia...
dan yang paling penting, dengan kekuasaan Dia yang dapat mengubah segala galanya....
~~sekadar coretan~~
terima kasih di dia.... ^_^
Posted by Taip Saja-Saja at 12:36 AM 0 comments

