THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 14, 2010

Bertemu Lagi


Hari Keluarga 2010

Kesemua adik beradik mak aku berkumpul di rumah tok Ki dan Tok Wan. Tema pertemuan kali ini, “Air dicincang tak akan putus”.

Majlis tahun ini dipengerusikan oleh makcik Roza. Selama dua tahun beliau memegang jawatan ini kerana program tahun lepas terpaksa ditangguhkan kerana masalah H1N1.

Maksudnya, cucu-cucu Tok Wan dan Tok Ki yang masih kecil dua tahun lepas sudah menjadi golongan yang menanti-nanti acara yang telah di susun. Acara sukan di sebelah petang, majlis doa selamat di sebelah malam dan diikuti dengan jamuan BBQ.

Perlantikan pengerusi untuk tahun hadapan berjalan lancar. Cuma satu usul sahaja yang dikemukakan iaitu cadangan agar majlis tahun hadapan diadakan pada hari raya pertama selepas lima tahun berlangsung pada hari raya ketiga. lama aku menunggu saat ini kerana lima tahun berturut-turut kami tdiak berkumpul pada hari raya yang pertama.

Secara keseluruhannya kumpulan aku iaitu kumpulan APE DEWO (apam dewa) telah menjadi johan bagi hari keluarga tahun ini, menewaskan satu lagi kumpulan, JEPUT IKE (jemput ikan). Tahniah diucapkan kepada kumpulan APE DEWO.....

Emmmm…. kami bersyukur kerana mempunyai keluarga yang harmoni. Insya Allah keharmonian yang ada pada keluarga kami akan kekal sehingga bertemu di dalam Jannatul Firdaus yang kekal abadi.

Saturday, September 11, 2010

antara meriah dan tidak...

assalamualaikum.....

jom kita cita psal raya....

malam raya aku kt umah tok ayah aku... ramai sepupu aku menampakkan diri mereka... malam 2, aku ngan sepupu aku lepak warung kt Tanah Merah... saja ja nak amik angin malam Raya... dari kul 9.30 malam smpaila kul 12.30 malam sampai kt rumah... sampai2 tidur ja....

dipendekkan cita, raya aku tahun nie berlainan sikit... malam raya aku kat kg aku di kelantan. setelah beberapa tahun aku tidak beraya di sana, akhirnya aku buleh jgak smyang raya kt kg aku...

slalunya, raya2 4 5 tahun lepas aku smyang raya masjid kt umah aku ja... pas 2 pusing2 umah sedara kt area2 sana, sebelah petang baru aku ngan famili berangkat ke kg kt kelantan....

Jadi, raya aku tahun ini meriah dan berbeza.... sebab pagi raya aku bersama ngan sepupu2 aku yang hampir kesemuanya kepala masuk air... sama mcm aku.... Like Cousin Like Cousin... hehehe... best gila... penuh rumah tok ayah... semua adik beradik ayah aku ada masa 2.... seronok... macam2 topik yang menjadi buah perbualan... antara yang hangat ialah majlis perkahwinan sepupu aku pada raya ke 7.... hahaha.... hilang sorang lgi sepupu bujang aku... makin berkurang.... hmmm....

Cuma, yg pasti, raya aku tahun ni jgak ada kurangnya.... aku hilang sorang kawan istimewa aku.... HILANG MACAM 2 JA.... aku dh x msj.... slalunya dy la yg aku duk msj... smpai subuh pun dy yg kejut aku.... tiba2 ja xmau msj.... aduhh.... raya x meriah.... yela.... aku dh calonkan dy jdi teman istimewa.... hehehe

Tapi kawan yang baik ada cakap kt aku. "Anas, klau kita ja suka, tapi orang 2 x suka x kemana jgak... nk kena ada komunikasi yg betul.... bla bla bla." wah... komunikasi aku memang teruk.... huh....

terima kasih la kepada kawan baik aku 2.... x jemu2 memberi nasihat kt budak mcm aku nie.... bagus2.... kita mentadbir, ALLAH punya takdir....

kepada mereka yg membaca, ambillah pengajaran klau nk ambil...
hahaha

okla... selamat hari raya... semoga ALLAH memberkati....
BARAKALLAHU LAKUMA WABARAKA....