THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Thursday, January 20, 2011

sja ja nak tulis......

Si dia penah cakap yang syarat utama nak jadi suami dia, laki tu mestilah bukan merokok... yang 2 aku cuba buat....
jadi aku harap dia akan berubah hati bila tahu yang aku dah x merokok....
sebab itu adalah benda terbesar aku nak ubah....
aku pun boleh berhenti main gitar sebab dia penah marah aku...
aku dah jarang2 skali minum ais sebab dia dah nasihat aku jangan minum ais, bahaya.....
aku dah cuba elak tidur selepas subuh sebab dia cakap nnti rezeki payah nak masuk.... dan Si dia juga pesan kat aku, buat semua tu kerana Allah, untuk diri aku....
ya... memang aku buat semua tu kerana allah, untuk diri aku sendiri....

tapi dia yang banyak bantu aku ke arah yang lebih baik....
macam mana aku tak sayang kat dia kalau dia dah bantu aku macam2...
sebab tu aku harap2 sgat agar dia menjadi isteri aku nanti...
aku tahu dia boleh ubah aku ke arah yang lagi baik....
suami isteri dijadikan untuk melengkapi antara 1 sama lain....

mungkin Allah tak bagi nampak lagi yang dia tu boleh jadi isteri aku buat masa sekarang....
mungkin Allah tak letak lagi rasa sayang kat aku dalam hati dia buat masa sekarang...
mungkin dalam hati aku, aku tak bertawakkal bersungguh sungguh dalam aku duk memohon apa saja kat Dia...
dan yang paling penting, dengan kekuasaan Dia yang dapat mengubah segala galanya....

~~sekadar coretan~~
terima kasih di dia.... ^_^

Tuesday, December 21, 2010

taip saja-saja...

salam alaik....
aku x tahu la nak tulis apa....
aku mengarut ja nie....
aku cakap apa yang terbuku dalam hati aku ya....

kehidupan manusia ni ada 5 peringkat...
alam ruh
alam rahim
alam dunia
alam barzakh
alam akhirat

jadi kita dah melalui 2 peringkat dan sedang berada di peringkat yang ketiga.... iaitu alam dunia.... kat sini la kita melakukan segala kebaikan untuk menjadi bukti kita hamba allah kat akhirat kelak....

jadi, alam dunia ni plak ada la dividernya... zaman kita bayi, kita remaja, dewasa, warga emas ataupu veteren dan seterusnya peralihan ke alam barzakh.... aku sekarang berada di alam remaja... yang paling mencabar....

kat sini la kita belajar tentang pelbagai perkara.... kita belajar tentang kehidupan... macam2 la.... yang paling penting nak menjadi pandu arah kita adalah rakan kita... macam mana rakan kita yang dipilih, macam 2 la kita.... pandai2 la pilih kawan 2....

cakap pasal kawan, aku bnyak pengalaman tentang erti persahabatan.... fuhh.... dahsyat rupanya insan bernama sahabat nie.... ada yang betul2 baik, ada yang pura2 baik, yang berlakon.... macam2....

ada sorang kawan aku nie, aku memang percaya sangat kat dy... sekali tiba2 dia boleh dia tikam blakang aku... dah la 2, buat2 x tahu plak... mcm ni ka kawan... depan bukan main lagi manis muka... perangai dia membuatkan aku hilang terus kepercayaan kat dia.... aku minta maaf...

"ko memang baik pada aku... itu mungkin pada suatu masa dahulu... tapi sekarang xla... cukupla apa yang ko dah buat kat aku... kalau berjumpa sekali pun, hubungan aku dengan ko tidak akan semesra macam dulu....."

ramai rupanya kawan macam nie.... hati-hatila.....

zaman sekolah, zaman ipt, zaman kerja pun mungkin ada.... aku banyak kali kena...
pura-pura, menipu, tipu awek yang aku x tahan.... snggup berlakon jadi orang pompuan semata-mata nak dapatkan perempuan.... xbtul 2....

asif `ala kulli hal....
salam alaik....

Thursday, December 16, 2010

Oleh kerana esok ialah 10 Muharram,rasanya tak salah nak kongsi serba sedikit pasal 10 Muharram,fadhilat puasa pada hari tersebut dan peristiwa2 yang berlaku pada tarikh itu.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.

Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;

Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

Wednesday, December 15, 2010

kasih dan sayang...


kasih dan sayang adalah rahmat tuhan
yang tercipta dalam diri semua
tak perlu ada perasaan benci
semua insan mahu disayangi

kasih dan sayang pemberi bahagia
pada hati yang sudi menerima
dari kasih sayang tercetus peribadi
membentuk hidup yang lebih harmoni

tanpa kasih dan sayang tidak akan sempurna
pada ciptaan bernama manusia
tanpa kasih dan sayang tidak akan tercipta
kehidupan yang bahagia

kasih abadi kepada tuhan
yang punya kuasa pada segalanya
kasihkan rasul syurga tempatnya
kasihkan manusia tenang di jiwa...








inilah keluarga aku....

Sunday, December 12, 2010

sekadar perkongsian....

Ya Allah, aku berlindung di bawah
cahaya wajah-Mu yang mengubah gelap
menjadi terang, dan dengan perintah-Nya
alam ini dan alam akan datang dijadikan.

Selamatkanlah aku daripada kemurkaan dan
kemarahan-Mu. kepada-Mu sahajalah terpulangnya
hari pengadilan, azab yang ditimpakan jika Engkau
tidak suka dan tidak redha. tidak ada daya upaya dan kekuatan
selain kuasa dan kekuatan-Mu jua.

Ya Allah Ya Tuhanku, jika rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah..
Jika rezekiku masih di bumi, Engkau keluarkanlah..
Jika rezekiku jauh, Engkau dekatkanlah..
Jika rezekiku masih sukar, Engkau permudahkanlah..
Jika rezekiku masih haram, Engkau halalkanlah..

~sekadar perkongsian bak kata diaaa~
wallahua`lam