Adakah kita dalam keadaan tenang ketika mencari jawapan ataupun dalam keadaan resah dan gelisah menanti jawapan yang tidak pasti? Adakah si dia insan yang menjadi pilihan hati itu jodoh kita?
jodoh ni senang cerita telah ditetapkan oleh ALLAH Yang Maha Esa. Namun, walaupun Allah dah tetapkan, Tuhan memberikan beberapa tanda supaya kita ni kenal dan dapat merasakan bahawa si dia itu jodoh kita. seharusnya kita menggunakan mata, telinga serta akal yang telah dikurniakan oleh Allah. Bukannya Allah bagi free-free ja. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. Aku jumpa benda nie duk ada dalam blog kawanku..
1) Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2) Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3) Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4) Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5) Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6) Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7) Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8) Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9) Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10) Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Tambahan..
Solat Istikharah
Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.”
(Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)
Solat istikharah ialah solat untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya di antara dua pilihan. Hanya boleh beristikharah untuk benda yang HARUS sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan. Dalam hadis yang lain:
“…Tidakkan menyesal orang yang beristikharah”
Sabda Nabi SAW:
“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”
(HR.Thabrani).
Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu; gerak hati), mestilah patuh.
Bila?
Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.
Berapa lama?
Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. Insya-Allah diberi petunjuk (tidak semestinya melalui mimpi).
Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut:
“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:
Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.
Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”
(Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2)
YA ALLAH, AKU MENGHARAPKAN YANG TERBAIK DARI-MU...
AMINN
Sunday, June 12, 2011
adakah pilihan hati kita itu, jodoh kita..??
Posted by Taip Saja-Saja at 5:14 PM 0 comments
Thursday, June 9, 2011
Untuk Mu!!
Dalam kehidupan, kita tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kita merupakan satu petanda yang dia care kat kita. Dia tidak ingin kita tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan.
Aku ni tak mampu nak beri alasan sebab apa aku sayang sangat kat kau. Yang aku tahu di hati dan mata aku hanya ada kau satu-satunya.
Walaupun kau sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, aku tak perduli pung! ada aku kesah..?? Bagi aku yang penting kau bahagia dan kau tetap menjadi impian aku.
Aku ni akan selalu terima kau apa adanya, sebab ternyata pada mata aku kau ini selalu yang tercantik walaupun muka dah burn. xda hal. aku selalu cakap kan. walaupun kau tak pandai buat air horlicks, manis melenting, tak ada apa pung!
Aku ni selalu nak tahu tentang apa saja yang kau lalui sepanjang hari ini sebab aku nak tahu kegiatan kau.
Aku ni akan sentiasa hantar SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kadang-kadang kau tak membalas pun SMS aku, sebab dengan SMS itu lah aku menyatakan perasaan aku melalui cara yang berbeza.
Walaupun aku tak rajin pun bergayut dengan kau, sebab kau tak mahu, bila tiba hari jadi kau, paling tidak aku akan bagi sms ucapan hari jadi. Hadiah pun aku bagi kan.
Aku ni akan sentiasa dan selalu selalu mengingat setiap kejadian yang aku lalui bersama kau, bahkan mungkin kejadian yang kau sendiri sudah melupakannya, sebab kejadian itu adalah sesuatu yang berharga untuk aku. Dan masa itu, mata aku kadang2 berair jugak lerr. Sebab masa bersama kau itu tidak boleh berulang selalu.
Aku ni akan selalu mengingati setiap kata-kata yang kau ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kau sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Sebab aku sematkan kata-kata kau di hati aku(hehe!!). Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan pada aku, dan akhirnya kau musnahkan?(mungkin xdak kot) Kalau ada mungkin kau lupa, tetapi bukan pada orang yang sayang kat kau.
Kalau kali terakhir kita bersua muka kau mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, aku akan sentiasa mengirim SMS untuk bertanya keadaan kau - sebab aku bimbangkan pasal kau, peduli pasal kau.
Sekiranya kau ada exam, aku akan akan kirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kau.
Aku ni selalu ingin berada di dekat kau dan ingin menghabiskan hari-hari hanya dengan kau.
Kau tahu, dalam hati aku ni benar-benar takut kehilangan kau secara zahirnya.. pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
Aku ni akan bertindak seperti saudara berbanding seperti seorang kekasih.
Aku ni kadang-kadang teringat juga kat kau walaupun tak boleh sebenarnya dan pasti aku akan hantar SMS yang membuatkan kau serabut. Tapi, andai kata kau mengatakan tindakan aku itu buat kau terganggu aku cepat2 akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
Jika kau meminta aku untuk ajar kau sesuatu maka aku akan ajar kau dengan sabar(ceh, ye la 2... haha) walaupun kau mungkin orang yang terbodoh di dunia! tapi aku tahu kau sebenarnya tak bodoh pun... pandai dari aku adala... Saja ja kau buat2 tak pandai kan..
Bahkan aku begitu gembira sebab dapat tolong kau. Aku kalau boleh takkan mengelak dari menunaikan permintaan kau walau sesukar mana permintaan kau... hehe!!
Kalau lah kau dapat aku tunjukkan handphone buruk aku ni, maka nama kau lah yang menghiasi sebahagian besar INBOX aku. Bukan sebahagian besar, aku rasa semua mesej-mesej kau. Ada SMS kau masih aku simpan walaupun SMS kau kirim berbulan-bulan yang lalu. Aku juga menyimpan hadiah-hadiah yang kau beri di tempat khas dan segala pemberian kau menjadi benda-benda berharga bagi aku.
Dan andai kata kau cuba menjauhkan diri daripada aku atau memberi reaksi menolak la lebih kurang, aku akan cepat menyedarinya dan cuba menghilang dari kehidupan kau, walaupun hal itu membunuh hati aku.
Jika suatu saat kau merindukan aku dan ingin memberi kesempatan kepada aku, aku akan ada menunggu kau kerana sebenarnya aku takkan dan tak pernah mencari orang lain, aku sentiasa menunggu kau.Aku sentiasa tunggu kau... walaupun gambar tak da kaitan pung!!
Posted by Taip Saja-Saja at 10:56 PM 0 comments
Wednesday, June 8, 2011
assalamualaikum si dia....
huh.... cuti kali ini pasti meninggalkan kesan yang mendalam pada aku... Apa-apa pun, seinfiniti kesyukuran pastinya kepada Tuan Empunya Dunia, ALLAH swt... Segala-galanya berlaku dengan izin-Nya... Pokok2 melambai-lambai dengan izin Allah... Debu-debu beterbangan dengan izin Allah... Semut di Amerika Latin bergerak mencari rezeki dengan izin Allah... Yakinlah, dengan izin Allah, kita dapat melakukan segala-gala sekiranya dengan izin Allah....
Cuti semester selama tiga minggu... Agak boring... Tapi hanya tiga minggu lah yang aku ada untuk bersama dengan ahli keluarga.... Jadi aku cuba manfaatkan segala masa yang ada... Antara acara terbesar yang berlangsung, perkahwinan sepupu sulung aku, Mohd Akram.. Untuk majlis di sebelah rumah pengantin perempuan, agak grand la juga... buat kat dewan di Ampang Jaya... Kuala Lumpur... Sepupu aku bertemu jodoh dengan orang KL... Kecil molek ja orangnya... Sepupu aku saiz dia alamak, fuhhh... Bila mereka berdua bersama, boleh diumpamakan seperti pajero dengan motor skuter ego... hehehe... tapi itu lah yang dikatakan jodoh ketentuan Allah...
Alhamdulillah, 4 kali akad nikah, sah la ikatan perkahwinan mereka... Tahniah Abg Mat ngan Kak JaJa... semoga berkekalan sehingga hayat yang memisahkan kalian berdua...
Tempoh aku berada kat KL Lumpur sana, ada satu tempat yang org cakap kena pergi... I-City... Aku mula-mula tak tahu pun I-City ni tempat perlancongan... Kampung betul.... hmm3
Aku sempat amik beberapa gambar kat sana....



seronok la juga... daripada duk merempit tengah-tengah malam, buat habis duit minyak, baik la bayar 10 hinggit satu sekali masuk, mai tengok lampu-lampu kat sini... boleh dating dengan isteri... lagi romantik... aku nanti kalau ada jodoh dengan dia, aku nak bawa dia mai sini...
Mesti dia seronok... InsyaAllah....
Ni kepada si Dia, tengok lerr gambar-gambar nie.... semoga seronok, ceria, gembira, girang selalu... Ada peluang, Aku bawa kamu datang sini ya...
Manfaatkan cuti Kamu bersama keluarga...
Posted by Taip Saja-Saja at 9:20 PM 0 comments
Tuesday, June 7, 2011
sekadar perkongsian
Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
Posted by Taip Saja-Saja at 11:05 PM 0 comments
Monday, June 6, 2011
AKu SaYaNG DiaAAaA..!!!!
Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..
Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu..
Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang sia-sia..
Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu..
Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..
Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu..
Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu..
Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,
jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas,
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu..
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukukanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu..
YA ALLAH, AKU MENGHARAPKAN YANG TERBAIK DARIMU..
ENGKAU KEKALKANLAH HUBUNGAN KAMI HINGGA IKATAN YANG SAH...
AMIN...
Posted by Taip Saja-Saja at 8:02 PM 0 comments
Wednesday, June 1, 2011
Senyumanmu amat berharga bagiku...
senyum.....
Ia percuma tetapi amat berharga..
Ia menjadi penerimanya kaya tanpa menjadikan pemberinya miskin..
Ringkasnya seperti kilat tetapi berlegar dalam ingatan sepanjang masa..
Tidak ada siapa yang terlalu kaya hingga tidak memerlukannya..
Tidak ada siapa yang terlalu miskin tidak mahu memperolehnya..
Ia menjadikan sesebuah rumah tangga bahagia..
Kebaikan dalam perniagaan dan kemesraan dalam persahabatan..
Ia memberi kekuatan kepada yang dalam keletihan..
Memulihkan semangat yang kecewa..
Menggembirakan yang dalam kesedihan..
Ubat yang mujarab kepada kerunsingan..
Ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam, atau dicuri..
Kerana ia berharga bila diberi sebagai hadiah..
Dan tidak ada sesiapa yang amat memerlukan lebih dari seseorang yang tidak lagi memiliknya untuk diberi kepada orang lain..
Posted by Taip Saja-Saja at 10:05 PM 0 comments

