THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, September 12, 2011

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

Wednesday, August 3, 2011

update.....

assalamualaikum wbt....

Lama aku tak update blog... aku pun tak tahu kenapa.... mungkin busy, hal itu, hal ini dan sebagainya... macam2.... kali ni aku nak cakap pasal apa ya.... hmmm...

apa-apa pun, salam ramadhan al-mubarak dari aku sendiri kepada mereka yang mengenali aku... alhamdulillah, Allah swt menyampaikan kita kepada bulan yang cukup2 istimewa... bulan yang tidak ada pada umat-umat nabi yang lain melainkan umat nabi Muhammad saw... seharusnya kita merasa syukur dengan nikmat ini...

"barang siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan berkira-kira( teliti dan berjaga-jaga), maka diampunkan untuknya segala dosa yang ada padanya." (Riwayat Bukhari)

sekadar renungan kita kerana, tuah kita hanya allah taala yang tahu...

seterusnya, tak lengkap rasanya kalau aku tak bercerita tentang si dia.... huhuhu....
nak buat macam mana, dia la yang aku sayang.... satu-satunya aku ada... aku tak mahu pun berpisah walaupun sekejap... bagi aku, dia la yang lebih penting dari diri aku sendiri... dia pilihan aku, dan hati aku dah tertutup untuk orang lain melainkan dia...

walaupun aku tahu aku ni bukan pilihan hati dia... banyak betul halangan-halangan yang ada dalam aku cuba nak rebut hati dia, nak memenangi hati dia... cukup susah... sampai aku kadang-kadang hampir nak mengalah... tapi, aku tetap nak usaha habis habisan... biarla rasa sayang aku kat dia dibalas, aku nak hubungan aku dengan dia sampai ke jinjang pelamin... impian aku..

luahan hati aku kt dia, aku nak jadi suami dia, aku nak jaga dia, aku tak mahu berpisah dengan dia sehingga mati yang memisahkan kami... aku tahu, aku tak sehebat orang lain, aku tahu aku ni bukan pilihan hati dia, tapi aku ada hati.... hati yang kadang2 rasa jeles bila dia sebut pasal orang lain, hati yang kadang2 sedih bila aku tahu dia ada berhubung dengan orang lain, hati yang kadang gembira... aku tak sempurna...

mungkin dia tak nampak apa yang ada kat hati aku, dan aku mendoakan supaya satu hari nanti dia nampak sebab apa aku perlukan dia... hmm... 2 ja....

sekian untuk hari ni... selamat menjalani ibadah....

Sunday, June 12, 2011

adakah pilihan hati kita itu, jodoh kita..??

Adakah kita dalam keadaan tenang ketika mencari jawapan ataupun dalam keadaan resah dan gelisah menanti jawapan yang tidak pasti? Adakah si dia insan yang menjadi pilihan hati itu jodoh kita?

jodoh ni senang cerita telah ditetapkan oleh ALLAH Yang Maha Esa. Namun, walaupun Allah dah tetapkan, Tuhan memberikan beberapa tanda supaya kita ni kenal dan dapat merasakan bahawa si dia itu jodoh kita. seharusnya kita menggunakan mata, telinga serta akal yang telah dikurniakan oleh Allah. Bukannya Allah bagi free-free ja. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. Aku jumpa benda nie duk ada dalam blog kawanku..

1) Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2) Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3) Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4) Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5) Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6) Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7) Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8) Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9) Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10) Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Tambahan..

Solat Istikharah

Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:

“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.”
(Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)

Solat istikharah ialah solat untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya di antara dua pilihan. Hanya boleh beristikharah untuk benda yang HARUS sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan. Dalam hadis yang lain:

“…Tidakkan menyesal orang yang beristikharah”

Sabda Nabi SAW:

“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”
(HR.Thabrani).

Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu; gerak hati), mestilah patuh.

Bila?
Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.

Berapa lama?
Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. Insya-Allah diberi petunjuk (tidak semestinya melalui mimpi).

Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut:

“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:

Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.

Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”

(Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2)

YA ALLAH, AKU MENGHARAPKAN YANG TERBAIK DARI-MU...
AMINN

Thursday, June 9, 2011

Untuk Mu!!

Dalam kehidupan, kita tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kita merupakan satu petanda yang dia care kat kita. Dia tidak ingin kita tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan.

Aku ni tak mampu nak beri alasan sebab apa aku sayang sangat kat kau. Yang aku tahu di hati dan mata aku hanya ada kau satu-satunya.

Walaupun kau sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, aku tak perduli pung! ada aku kesah..?? Bagi aku yang penting kau bahagia dan kau tetap menjadi impian aku.

Aku ni akan selalu terima kau apa adanya, sebab ternyata pada mata aku kau ini selalu yang tercantik walaupun muka dah burn. xda hal. aku selalu cakap kan. walaupun kau tak pandai buat air horlicks, manis melenting, tak ada apa pung!

Aku ni selalu nak tahu tentang apa saja yang kau lalui sepanjang hari ini sebab aku nak tahu kegiatan kau.

Aku ni akan sentiasa hantar SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kadang-kadang kau tak membalas pun SMS aku, sebab dengan SMS itu lah aku menyatakan perasaan aku melalui cara yang berbeza.

Walaupun aku tak rajin pun bergayut dengan kau, sebab kau tak mahu, bila tiba hari jadi kau, paling tidak aku akan bagi sms ucapan hari jadi. Hadiah pun aku bagi kan.

Aku ni akan sentiasa dan selalu selalu mengingat setiap kejadian yang aku lalui bersama kau, bahkan mungkin kejadian yang kau sendiri sudah melupakannya, sebab kejadian itu adalah sesuatu yang berharga untuk aku. Dan masa itu, mata aku kadang2 berair jugak lerr. Sebab masa bersama kau itu tidak boleh berulang selalu.

Aku ni akan selalu mengingati setiap kata-kata yang kau ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kau sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Sebab aku sematkan kata-kata kau di hati aku(hehe!!). Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan pada aku, dan akhirnya kau musnahkan?(mungkin xdak kot) Kalau ada mungkin kau lupa, tetapi bukan pada orang yang sayang kat kau.

Kalau kali terakhir kita bersua muka kau mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, aku akan sentiasa mengirim SMS untuk bertanya keadaan kau - sebab aku bimbangkan pasal kau, peduli pasal kau.

Sekiranya kau ada exam, aku akan akan kirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kau.

Aku ni selalu ingin berada di dekat kau dan ingin menghabiskan hari-hari hanya dengan kau.

Kau tahu, dalam hati aku ni benar-benar takut kehilangan kau secara zahirnya.. pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

Aku ni akan bertindak seperti saudara berbanding seperti seorang kekasih.

Aku ni kadang-kadang teringat juga kat kau walaupun tak boleh sebenarnya dan pasti aku akan hantar SMS yang membuatkan kau serabut. Tapi, andai kata kau mengatakan tindakan aku itu buat kau terganggu aku cepat2 akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kau meminta aku untuk ajar kau sesuatu maka aku akan ajar kau dengan sabar(ceh, ye la 2... haha) walaupun kau mungkin orang yang terbodoh di dunia! tapi aku tahu kau sebenarnya tak bodoh pun... pandai dari aku adala... Saja ja kau buat2 tak pandai kan..
Bahkan aku begitu gembira sebab dapat tolong kau. Aku kalau boleh takkan mengelak dari menunaikan permintaan kau walau sesukar mana permintaan kau... hehe!!

Kalau lah kau dapat aku tunjukkan handphone buruk aku ni, maka nama kau lah yang menghiasi sebahagian besar INBOX aku. Bukan sebahagian besar, aku rasa semua mesej-mesej kau. Ada SMS kau masih aku simpan walaupun SMS kau kirim berbulan-bulan yang lalu. Aku juga menyimpan hadiah-hadiah yang kau beri di tempat khas dan segala pemberian kau menjadi benda-benda berharga bagi aku.

Dan andai kata kau cuba menjauhkan diri daripada aku atau memberi reaksi menolak la lebih kurang, aku akan cepat menyedarinya dan cuba menghilang dari kehidupan kau, walaupun hal itu membunuh hati aku.

Jika suatu saat kau merindukan aku dan ingin memberi kesempatan kepada aku, aku akan ada menunggu kau kerana sebenarnya aku takkan dan tak pernah mencari orang lain, aku sentiasa menunggu kau.

Aku sentiasa tunggu kau... walaupun gambar tak da kaitan pung!!

Wednesday, June 8, 2011

assalamualaikum si dia....
huh.... cuti kali ini pasti meninggalkan kesan yang mendalam pada aku... Apa-apa pun, seinfiniti kesyukuran pastinya kepada Tuan Empunya Dunia, ALLAH swt... Segala-galanya berlaku dengan izin-Nya... Pokok2 melambai-lambai dengan izin Allah... Debu-debu beterbangan dengan izin Allah... Semut di Amerika Latin bergerak mencari rezeki dengan izin Allah... Yakinlah, dengan izin Allah, kita dapat melakukan segala-gala sekiranya dengan izin Allah....

Cuti semester selama tiga minggu... Agak boring... Tapi hanya tiga minggu lah yang aku ada untuk bersama dengan ahli keluarga.... Jadi aku cuba manfaatkan segala masa yang ada... Antara acara terbesar yang berlangsung, perkahwinan sepupu sulung aku, Mohd Akram.. Untuk majlis di sebelah rumah pengantin perempuan, agak grand la juga... buat kat dewan di Ampang Jaya... Kuala Lumpur... Sepupu aku bertemu jodoh dengan orang KL... Kecil molek ja orangnya... Sepupu aku saiz dia alamak, fuhhh... Bila mereka berdua bersama, boleh diumpamakan seperti pajero dengan motor skuter ego... hehehe... tapi itu lah yang dikatakan jodoh ketentuan Allah...

Alhamdulillah, 4 kali akad nikah, sah la ikatan perkahwinan mereka... Tahniah Abg Mat ngan Kak JaJa... semoga berkekalan sehingga hayat yang memisahkan kalian berdua...







Tempoh aku berada kat KL Lumpur sana, ada satu tempat yang org cakap kena pergi... I-City... Aku mula-mula tak tahu pun I-City ni tempat perlancongan... Kampung betul.... hmm3

Aku sempat amik beberapa gambar kat sana....










seronok la juga... daripada duk merempit tengah-tengah malam, buat habis duit minyak, baik la bayar 10 hinggit satu sekali masuk, mai tengok lampu-lampu kat sini... boleh dating dengan isteri... lagi romantik... aku nanti kalau ada jodoh dengan dia, aku nak bawa dia mai sini...
Mesti dia seronok... InsyaAllah....

Ni kepada si Dia, tengok lerr gambar-gambar nie.... semoga seronok, ceria, gembira, girang selalu... Ada peluang, Aku bawa kamu datang sini ya...

Manfaatkan cuti Kamu bersama keluarga...

Tuesday, June 7, 2011

sekadar perkongsian

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Monday, June 6, 2011

AKu SaYaNG DiaAAaA..!!!!

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..
Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu..
Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang sia-sia..
Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu..
Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..
Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu..
Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu..
Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,
jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas,
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu..
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukukanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu..

YA ALLAH, AKU MENGHARAPKAN YANG TERBAIK DARIMU..
ENGKAU KEKALKANLAH HUBUNGAN KAMI HINGGA IKATAN YANG SAH...
AMIN...

Wednesday, June 1, 2011

Senyumanmu amat berharga bagiku...

senyum.....

Ia percuma tetapi amat berharga..

Ia menjadi penerimanya kaya tanpa menjadikan pemberinya miskin..

Ringkasnya seperti kilat tetapi berlegar dalam ingatan sepanjang masa..

Tidak ada siapa yang terlalu kaya hingga tidak memerlukannya..

Tidak ada siapa yang terlalu miskin tidak mahu memperolehnya..

Ia menjadikan sesebuah rumah tangga bahagia..

Kebaikan dalam perniagaan dan kemesraan dalam persahabatan..

Ia memberi kekuatan kepada yang dalam keletihan..

Memulihkan semangat yang kecewa..

Menggembirakan yang dalam kesedihan..

Ubat yang mujarab kepada kerunsingan..

Ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam, atau dicuri..

Kerana ia berharga bila diberi sebagai hadiah..

Dan tidak ada sesiapa yang amat memerlukan lebih dari seseorang yang tidak lagi memiliknya untuk diberi kepada orang lain..




Sunday, May 29, 2011

jangan bersedih...

Allah bilang jangan bersedih. Semuanya Allah dah sediakan untuk kita. Macam-macam ada… semuanya lengkap, mata kaki tangan dan pelbagai anggota. Semuanya percuma Allah bagi untuk kita.

Sedih sebab cinta? Kenapa? Kecewa si dia suka orang lain? Tak payahlah fikir. Allah dah atur untuk kita. Allah dah atur untuk semua. Masing-masing yang terbaik untuk kita. Kan Allah tak pernah mungkir akan janji-Nya.

“Wanitawanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.

Macam mana? Risau tak ada teman pula? Allah beritahu kita :

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah Yasin(36) ayat 36

Hidup inikan sementara, jangan susah kalau tak ketemu di sini. Insya’Allah kita akan ketemu di sana. Usahalah mencari yang sejati, namun semuanya bermula pada diri sendiri. Bila kamu inginkan yang terbaik, maka kamu perlu jadi baik. Kalau tidak masakan seorang ‘samseng’ sanggup berubah untuk mendapatkan seorang ‘muslimah’.

Mungkin Allah nak kita sendirian agar kita lebih mengingati-Nya, biasalah kalau ada teman kita selalu dan asyik bercerita tentang ‘dia’. Lupa nak puji Allah Ta’ala. Kan? Allah tahu yang terbaik untuk kamu, senyumlah selalu. Saudara dan sahabat ku!

Kenapa perlu bersedih tentang hal dunia, kerana dunia itu sementara sahaja..
bila bila masa, kematian pasti akan menjemput kita..sama ada cepat atau lambat, ia pasti hadir..
yang kita perlu sedih,
bila mengenangkan dosa dosa yang telah kita lakukan..
layakkah kita untuk masuk ke syurga Allah?
layakkah kita untuk berjumpa denganNya..

jadi, jangan bazirkan air mata untuk hal dunia..
lebih lebih lagi kerana cinta sesama manusia..
semuanya buang masa sahaja..

fokuslah..ingatlah..sedarlah..
hidup di dunia hanya sementara sahaja..
make it worth or you will regret it forever! Forever and ever!

Wednesday, May 25, 2011

exam oh exam....

assalamualaikum wbt....
yeah.... hari ni merupakan hari terakhir exam kat ipg perlis.... wah2... seronok betul rasanya... yelah, exam kali ni boleh tahan la jugak susahnya.... susah sungguh la... hadoyyaii... sapa suruh tak study awal awal kan.... apa apa pun, aku mengharapkan yang terbaik dari Tuan Empunya Dunia....

jadi bila dah hari terakhir exam, maka secara rasminya aku akan umumkan, hari ni merupakan hari-hari terakhir jgak aku kat perlis.... balik kampung... yahoooo.... nak datang balik ke maktab ni sem depan, maka bermulalah tugas aku yang baru dan agak susah la... aku jadi kk kot... nama lainnya adalah KETUA KUMPULAN....

bila dah diundi, nama aku paling ramai yg dorang letak... biar betol... macam la depa nie tak kenal perangai aku... apa apa pun, pesanan aku kt depa, jangan jadikan aku ni pemimpin sebab aku khuatir aku tak boleh nak memimpin. "jangan jadikan aku ni pengikut sebab aku juga khuatir aku tak boleh nak mengikut. so, jadikan la aku ni rakan seperjuangan untuk kita sama-sama seiring menuju ke angkasa kejayaan.."

uihhh... tak sabar nak abih exam petang ni...

di kesempatan ini aku nak mengucapkan seribu kemaafan dan penyesalan andai kata aku ada buat salah kat kawan-kawan sepanjang sem ni berlansung... kepada adik beradik aku kat negeri pengajian agama b, mohon maaf... dan sem depan, mohon juga diberikan kerjasama untuk kita sama-sama mentadbir negeri kita pengajian agama b...

tak lupa di dimensi yang lain, aku nak minta maaf kat si dia andai ada kekasaran kat anda, andai ada terguris hati anda, andai ada kekhilafan, andai ada ketidak sempurnaan, andai anda bersedih.... satu ja pesanan kepada anda,

"seandainya yang dikendong itu membuatkan kita sedih dan yang dikejar dapat memberikan kebahagiaan kepada kita, maka apa salahnya kita lepaskan yang kita kendong itu.. kejarlah kegembiraan itu sampai dapat.. kerana peluang yang besar itu datang bila-bila masa, sewaktu kita kesulitan.. nilailah peluang tersebut dengan bijaksana kerana peluang tersebut juga boleh hilang dengan tiba-tiba"

aku tahu anda memang selalu bersedih... insya allah, aku akan sentiasa ada di sisi... aku janji selagi ada peluang, selagi itulah aku akan buat anda gembira....

YA ALLAH, AKU SENTIASA MENGHARAPKAN SEGALANYA YANG TERBAIK DARI-MU....

Sunday, May 22, 2011

assalamualaikum...

xda apa nak tulis kali nie.... cuma aku nak menyatakan perasaan aku.... aku sangat bahagia dengan si dia.... xtahu pasal apa....

okey ya. tma kasih si dia.... doakan aku untuk final exam..... jomm....

Tuesday, May 17, 2011

assalamualaikum....
xdak apa nak diceritakan.... cuma hari ini, tengah aku sedang membaca blog-blog orang lain, aku tertarik kepada post blog Tadabbur Hidup... sangat menarik.... jadi aku copy and paste.... sebab aku rasa post ni banyak berkait rapat dengan kawan-kawan aku... tak lupa juga si dia.... jadi renung-renungkanlah....

Diceritakan bahawa seorang lelaki menghadapi pelbagai masalah yang sangat berat. Hatinya runsing, fikirannya kacau bilau memikirkan jalan penyelesaian yang tak kunjung datang. Pintu-pintu harapan bagaikan tertutup rapat, tidak tahu arah mana hendak dituju, kepada siapa hendak mengadu?

Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang hakeem (orang bijak pandai), mudah-mudahan dia dapat memberi nasihat berguna dan menunjukkan jalan penyelesaian kepadanya.

Setelah bertemu dengan hakeem tersebut, dia berkata:
- Wahai Hakeem, sesungguhnya aku datang kepadamu untuk mengadu masalah yang aku hadapi, yang membuat aku sangat tertekan, tidak ku temui jalan penyelesaiannya. Maka bantulah aku!
Setelah meneliti wajah lelaki itu, Hakeem berkata:
- Aku ingin bertanya kamu dua soalan. Kamu mesti menjawabnya
- Silakan wahai Hakeem
- Adakah kamu datang ke dunia ini dengan membawa semua masalah-masalah itu brsama dengan kamu?
- Tentunya tidak!
- Adakah kamu akan tinggalkan dunia ini dengan membawa semua masalah-masalah itu bersama dengan kamu?
- Tentunya tidak!
- Perkara yang kamu tidak bawa bersama semasa kamu lahir, dan kamu tidak mahu membawanya bersama ketika kamu mati, maka selayaknya janganlah kamu jadikan masalah ini membenani dirimu. Jadilah kamu seorang yang banyak bersabar dalam menghadapi karenah dunia. Hendaklah pandanganmu ke langit lebih lama daripada pandanganmu ke bumi, nescaya kamu akan perolehi ap yang kamu cari.

Mendengar nasihat itu, lelaki itupun kembali dengan dada yang lapang,fikiran yang tenang dan hati yang girang sambil kata-kata Hakeem diulang-ulang:
- Perkara yang kamu tidak bawa bersama semasa datang, dan kamu tidak akan bawa bersama semasa pulang, maka jangan jadikan ia sebagai beban!

Tambahan beberapa bayt syair karya Imam ash-Shafi’ei:

Biarkan hari-hari berbuat apa yang dia mahu
Tenangkan jiwamu apabila telah berlaku apa yang ditentu
Jangan mengeluh lantaran peristiwa yang berlaku pada malam-malam yang lalu
Kerana segala peristiwa di dunia ini tiada yang akan kekal begitu

Sunday, May 15, 2011

ciri ciri pasangan anda

1. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi

Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Thursday, May 12, 2011

NASIHAT JAA

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Thursday, May 5, 2011

ada orang tanya saya hari tuu.... bahagia tak kalau kahwin awal..??? well, straight to the point, aku pun tak tahu apa kelebihan kahwin awal, ataupun kahwin muda.... sehinggalah aku terjumpa artikel ni......~~~

Beberapa tahun sebelum bernikah, saya mencari-cari kelebihan berkahwin awal supaya saya termotivasi untuk bernikah awal. Dan ditemui antara kelebihan berkahwin adalah ia menjaga kesucian diri dan hati. Memelihara pandangan dan kehormatan.


Ya, saya pun kemudiaannya berada di fasa yang sama dengan teman-teman, terdorong untuk bernikah untuk menjaga hati...(walaupun belum ada calonnya lagi). Tapi saat ini, saya tidak memandang lagi semua itu sebagai KELEBIHAN berkahwin awal, tapi KEWAJIPAN dan KEUTAMAAN berkahwin awal.


“Susah sangat ke nak jaga hati…??”


“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar…??”


“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang..!??”


“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat….!??”


“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina…!??”


“Janganlah ikut sangat perasaan…”


Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an. Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.


Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham. Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.


Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan. Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.


Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012. Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu. Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.


Komunikasi yang terbatas waktu dulu tidak memungkinkan perkenalan sebulan dua membawa kepada keinginan yang dasyat untuk berzina…! Kita bukan di zaman perlu menunggu dan menaiki bas untuk keluar dating. Kita bukan di zaman mengintai dari jauh buah hati yang sering diingat-ingatkan. Namun, kita berada di zaman yang amat sukar kita tewaskan segala dugaan dan godaan, dengan lemahnya jiwa dan perasaan.


Mak ayah nampak macam kita menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, namun hakikatnya saban waktu kita berdekatan lelaki dan perempuan, dengan terciptanya handphone, laptop etc di samping berkembang majunya cara berkomunikasi dan laman sosial. Mula dengan saling berkenalan di alam kampus atau luar kampus, di alam maya atau alam nyata. Ada handphone, boleh call dan sms berjam-jam melayan suka dan cinta yang mekar tumbuh di jiwa. Bila semakin rapat, boleh bermesra hingga menimbulkan keghairahan hanya melalui telefon.


"Abang.."


"Sayang.."


"Darling.."


"Muah muahss.."


Dari text "...dah makan, buat apa tu" kepada.. "....sayang tidur pakai apa.."


"nanti call kejutkan bangun tahajud ya.. abang nak dengar suara sayang.."


Perasaan orang muda bertali arus dengan gelora cinta, wahai ibu ayah, kami tidak ada kekuatan menepis semua ini. Kalau smartphone, lebih canggih dugaannya untuk menjaga kesucian hati dari segala kemudahan bercinta terhidang depan mata, hanya di telapak tangan. Dulu ada komputer hanya untuk menyiapkan tugasan dan kerja-kerja sebaiknya. Kini ada laptop atau komputer peribadi dilengkapi internet yang menjadi wasilah penting untuk mempertaut hati.


Pilih saja broadband yang bagus atau streamyx.. YM, facebook, twitter dan segala jenis social network ini melajukan curahan perasaan hingga tak mampu dikawal. Curahan perasaan lambat laun membawa kepada bertukar-tukar gambar sendiri tanpa pakaian atau minima sekali. Gambar-gambar kaku kemudiannya dipanjangkan pada video sebenar.


Mak ayah mungkin tak faham dengan kewujudan video calls yang membolehkan bercinta bukan dengan hanya dengan pujuk rayu mesra, malah ada kebebasan untuk mempamerkan keindahan fizikal. Dengan web cam yang jelas gambar dan cantik skrinnya, sendirian di bilik rumah sewa dan asrama masing-masing, siapa yang melarang untuk tidak membuka tubuh pada kekasih seperti malam pertama suami isteri?


Tidak perlu menunggu bas untuk dating, si dia yang punya kereta bersedia mengambil dan menghantar. Di jalan-jalan sunyi, siapa yang kuat untuk tidak ringan-ringan sewaktu cinta kasih meluap-luap memenuhi perasaan? Jika di taman-taman dan kawasan peranginan jua jeram tak ada privasi bercumbu-cumbuan, siapa yang melarang untuk check-in di budget hotel RM9.90 semalam yang makin banyak di sekeliling tempat belajar dan tempat kerja kalian..


Mak dan ayah, kalaupun kami tak berpacaran, di jalanan banyak perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang hingga jiwa kami menjadi resah gelisah.. (ya, ia kesalahan kami tidak merendahkan pandangan). Mak dan ayah, kami tidak mahu terlibat dengan pacaran, namun teman-teman sekeliling banyaknya yang dah 'berdua', kami teringin juga sepertinya..


Mak dan ayah, inilah zaman yang kami berada di dalamnya. Tidaklah kami sekadar menyalahkan zaman, namun kami mencari alternatif menguatkan jiwa dan perasaan. Kami ingin bernikah, bantulah kami menjaga sekeping iman dan akhlak yang makin hilang dengan segala kecanggihan hidup yang datang. Kami ingin bernikah, bantulah kami berumahtangga agar pengajian berjaya diteruskan dan rumahtangga dipelihara dengan matang.


ALLAH berfirman, “…jangan dekati zina…” namun ke manapun kami berpusing, kami seolah-olah terlalu dekat dengan zina. Kami akui kelemahan kami, kami akui kesilapan kami, bantulah kami mencari kehidupan yang suci dan tenang.. Bantulah kami untuk terus di atas jalan kebaikan....

YA ALLAH, KAMI MENGHARAPKAN YANG TERBAIK DARI-MU...... AMEEN

Monday, May 2, 2011

sekali sekala ubah pun tak apa....

Sekali sekala, perasaan untuk mengubah diri muncul di celah-celah lamunan. Rasa ingin berubah sama ada daripada segi mental seperti memajukan diri di dalam bidang akademik, membuatkan kita berasa ingin masuk kolej semula. Inspirasi untuk berubah daripada segi material seperti ingin memperoleh kenaikan pangkat atau pendapatan tinggi juga akan menjadikan kita lebih rajin bekerja. Begitu juga, bila keinginan untuk berubah daripada segi spiritual muncul, kita menyimpan iltizam agar diri kita bertukar daripada seseorang yang pemarah kepada seseorang yang penyabar.

Mungkin kita pernah menemui Albert, kawan sekolah yang kita gelar si kepala samseng dahulu, rupa-rupanya sudah menjadi jutawan. Atau terpandang Azman yang dahulunya kaki ponteng di sekolah, kini muncul sebagai seorang motivator di kaca TV. Ataupun, Ee Mei, yang dikenali begitu pemalu di sekolah kini sudah menjadi seorang ahli politik yang begitu petah berucap di Parlimen.

Kejayaan-kejayaan sebilangan daripada mereka di sekeliling kita ini kadangkalanya tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Bila mengingati diri mereka yang dahulunya kita kenal sebagai jahat, culas mahupun pemalu, kita tidak menyangka mereka telah berubah menjadi lebih baik, rajin mahupun petah.

Apabila kita merenung ke dalam diri, kita mungkin terasa mengapakah mereka yang toya di zaman persekolahan dahulu kini sudah menyerlah lebih hebat daripada kita sendiri. Mereka yang di zaman persekolahan dahulu menyanjung atau menghormati kita kerana lebih handal daripada mereka, kini telah mendahului kita dalam maraton kehidupan.

Ke manakah langkah yang hendak dibawa dan selaju manakah larian hendak dicuba bila melihat teman-teman sudah jauh lebih hebat daripada kita? Yang pasti, kita tahu yang kita lebih handal daripada mereka dahulu, tetapi mengapa kini sebaliknya? Roda kehidupan yang berputar mengajar kita apa itu realiti. Justeru, bagaimanakah kita boleh mengutip kekuatan-kekuatan diri yang tercicir di sepanjang lorong kehidupan?

Sebelum memulakan langkah, kita harus menyedari bahawa selama ini kita hanya percayakan sesuatu apabila telah berjaya menggapainya. Sikap inilah yang menjadikan kita terhenti-henti meranduk arus kehidupan. Ibarat berundur setapak setiap kali menapak dua langkah ke hadapan. Puncanya ialah kerana kita tidak percaya sebelum berjaya mencapai sesuatu.

Di zaman persekolahan dahulu, kita berasa alangkah sukarnya untuk lulus PMR kerana terpaksa menghafal matapelajaran untuk tiga tahun iaitu daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Kebolehan mengasah pensel dengan pengorek pun harus diketepikan kerana kita perlu belajar mengasah pensel menggunakan pisau agar lorekan di kotak-kotak jawapan objektif dapat dilakukan dengan kemas. Akhirnya kita melangkah ke dewan peperiksaan dengan seribu kegusaran.

Namun, setelah keputusan PMR diumumkan, kita yang tidak begitu rajin, dapat juga kelulusan yang baik, setanding dengan teman-teman lain. Ketika itu, baru kita percaya yang rupa-rupanya kita sepandai rakan-rakan sekelas. Menjelang peperiksaan SPM pun, minda kita memahat perasaan bahawa peperiksaan SPM itu sukar. Namun setelah keputusan peperiksaan diumumkan, kita berjaya juga. Untuk kali kedua di dalam hidup, kita percaya setelah berjaya.

Merentasi kehidupan, kita lalui pelbagai kejayaan yang lain. Mendapat ijazah di universiti, kemudian berkasih dan akhirnya melangkah ke jinjang pelamin adalah di antara kejayaan hidup yang dilalui bagai mimpi. Kita hanya tersedar bahawa ia benar-benar terjadi hanya setelah kita berjaya mengharunginya.

Bagi kaum wanita, kemampuan mengandung dan melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar dipercayai sehinggalah suara bayi sendiri nyaring mengetuk ke gegendang telinga. Bagi kaum lelaki, kejayaan menjadi ayah hanya dimengerti setelah melihat senyuman si kecil.

Jelas sekali, sikap percaya setelah berjaya, sudah kita lalui berkali-kali dalam kehidupan. Apabila kita melalui pola ini secara berkali-kali, mengapa tidak kita ubah pola pemikiran untuk cuba percaya sebelum berjaya? Samada kejayaan itu berbentuk material, emosional mahupun spiritual, sedarilah, seandainya berjuta-juta insan yang lain telah lalui apa yang kita bakal harungi, hampir mustahil kita pula yang akan gagal.

Ada perbezaan di antara mereka yang percaya setelah berjaya atau mereka yang percaya sebelum berjaya. Yang pertama hanya melahirkan manusia tidak apa-apa. Yang kedua melahirkan manusia yang apa-apa.

Wednesday, April 27, 2011

renungan untuk semua.....

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Monday, April 25, 2011

Alhamdulillah, masih lagi diberikan nyawa dan nafas. Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam. Selawat dan salam ke atas sayyidul anbiyaa` serta sahabat baginda...

Satu petikan, dari kitab Hikam “bila kita diberi nikmat atau dimakbulkan doa-doa kita, maka kita berasa dekat dan diberi kasih sayang oleh Allah SWT. Dan kita memuji-muji Allah. Jika Allah tidak memakbulkan doa-doa kita, kita berasa Allah tidak sayang dan kasih kepada kita”

Mari kita melihat analogi berikut. Seorang ayah sedang bercukur misai dan jambangnya. Pisau cukurnya sangat tajam. Tiba-tiba anaknya yang baru berusia 4 tahun berkata, “ayah, nak pisau cukur tu….”

Ayah tidak membenarkan permintaan anak tersebut. Adakah ayah tidak sayang kepada anaknya?

Begitulah perumpamaannya apabila kita meminta sesuatu daripada Allah SWT. Namun janji Allah, jika tidak di dunia, Dia akan kabulkan doa-doa tersebut di akhirat dengan memberi kemuliaan kepada hambaNya.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya
Ia dari surah Al-Baqarah, ayat 45-46.

Aku pernah berdoa supaya aku dengan si dia ni jadi baik. Alhamdulillah, apa yang aku rasa dan aku memang tak sangka. Aku rasa hubungan aku dengan dia makin baik. Bagi aku. Namun aku tak tahu apa yang dia rasa sebenarnya. Terpulang la kat dia. Terima kasih, sentiasalah mengharapkan yang terbaik dari Allah.

Tuu. jela yang aku nak tulis. Segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah. Moga2 dijauhkan dari kita segala yang buruk.

~YA ALLAH, KAMI MENGHARAPKAN YANG TERBAIK DARIMU~

Wednesday, April 20, 2011

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

mudah-mudahan ini dapat membantu kita......

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, March 24, 2011

assalamualaikum.... nk update seket ja.... kali ni untuk teman2 aku yang laki2 la.... perempuan pun boleh jugak.... aku jumpa kat mana ntah benda nie.... kita sama2 share...


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda


setuju tak.?? jawab la sendiri2.... itu saja.... berehh...

Tuesday, March 22, 2011

hari pertama

assalamualaikum....

hari ahad aku, Din dan Nasa bergerak ke rumah Saiful di padang besar... naik motor ja... perjalanan yang dipenuhi titik2 dari langit menjadi semakin lambat.... kami mendarat di perkarangan rumah pon hampir waktu magrib.... esoknya kami nak ke sekolah lama pon....

sebelom berlepas, di perkarangan asrama..

hari pertama Pengalaman Berasaskan Sekolah.... masuk2 sekolah ja aku dengan sahabat2 aku dah blur.... xtaw nak wat apa.... tapi nasib baik si saiful ni ada.... dah duk besa dengan sekolah lama dia... Allah permudahkan lagi urusan kami nak timba pengalaman sebagai guru..... sampai2 ja di Sekolah Kebangsaan Padang Besar Utara, kami dikhabarkan ada jemaah nazir yang akan memantau direct seminggu nie.... wah.... satu kerugian yang aku rasa amat besar.... kami tidak digalakkan masuk kelas kerana dikhuatiri menganggu jemaah nazir memantau.....

lupa pulak hari ni hari isnin, ada perhimpunan... selalu duk maktab keja monteng perhimpunan ja


tak apa la, kami dijemput masuk ke kelas 6 cerdas.... masuk2 ja budak2 bangun, bagi salam.... "ASSALAMUALAIKUM CIKGU" terasa meremang bulu roma.... pertama kali bila pelajar2 bagi salam, rasa bangga pun ada... yela... aku nak jadi cikgu nie.... fuhh... seronok, gembira, dan macam2 perasaan duk ada dalam diri.... hahaha... tapi kami x mengajar pun... duduk belakang tengok cikgu mengajar... hahaha....

suasana di dalam kelas 6 cerdas

kemudian kami masuk ke kelas pra... yang ni bagi aku la sangat best.... masa2 kami masuk tu budak-budak tengah mewarna... kami pun join la.... cuma aku kesian tengok dorang budak yang namanya Qodafi... Qodafi nie xboleh jalan.... lumpuh start dari pinggang sampailah ke bawah.... kesian aku tgok dia... kalau nak berjalan Dafi ni kena mengesot.... kami banyak meluangkan masa dengan mereka....



ni lah Qodafi... nampak macam budak biasa kan....

budak2 pra sekolah


kami sebenarnya banyak menghabiskan masa berada dalam bilik JQAF.... duk sembang-sembang dengan guru-guru JQAF... jadi bermulalah sesi soal jawab tentang JQAF... nak kena buh dalam esaimen...

hahaha... itulah pengalaman hari pertama PBS... kami dah jalan macam cikgu, makan pun dengan cikgu.... bercakap pun dah ubah sikit-sikit ke arah keguruan.... kira hidup dah macam seorang guru la....hahaha ni aku ada buh sedikit gambar dengan budak2 sekolah kebangsaan padang besar utara....

berehh.... setakat 2 la dulu.... nanti aku buh gambar gambar lain....

Sunday, March 20, 2011

mencari jawapan....

alhamdulillah, selamat tiba di negeri perlis indera kayangan... pukul 6 pagi tadi aku sampai kangar.... duk pusing2 jumpa senior rbt.... lepak2 la dulu.... katanya nak tunggu housemate... aku pun tunggu dengan dia.... kemudian orang yang ditunggu tunggu sampaila juga....jadi kami pun lepak2 kat kedai makan sambil menikmati hidangan pagi.. macam macam kami sembang...

aku nak cerita apa sebenarnya ni..???

okeyla.... sebenarnya dari dulu, maksud aku dari aku jumpa si dia, aku dah terpikir, kalau aku cakap aku sayang dia, dan dia tak terima, agak2 la, apa sebabnya dia tak terima...??? haha... aku ni kalau pikir benda yang mengarut marut memang terer la juga.... masih terpikir dan akan terus berpikir.... tapi ada la juga jawapan yang muncul... antaranya....

dia dah ada pilihan hati.... dengan kata lain, aku lambat jumpa dia...

bila dipikir pikir balik, macam tak betul.... habis tu, kalau tak betul, apa yang sebetulnya...??? aku ingat nanti nak la tanya dia.... tapi takut pulak.... yela, nampak macam nak paksa dia suka kat aku.... uih, tak boleh macam tu.... lagipun, nanti dia ingat aku ni macam tak terima pula ketentuan yang telah ditetapkan...

kalau macam tu, takkan nak tunggu jawapan dari langit...??? haha.... takkan turun punya... dan, sampai bila pula aku nak tunggu....

aku mencoteng tulisan kat sini bukan nak mengajak untuk berkapel ke, dating ke, ataupun benda benda yang berkait rapat dengan perasaan nie.. cuma sesiapa yang umur sebaya dengan aku akan melalui detik detik macam nie.... yang membezakan setiap individu itu adalah cara menempuh dan menangani perasaan tersebut dengan langkah yang terbaik dan yang paling bagus disamping ikut landasan yang sebenar....

disini aku nak mengatakan luahan hati aku, yang aku rasa cara dan jalan yang aku lalui 2 sedikit terpesong.... bagi aku la.... kalau tak sikit pun banyak, tak pun memang salah.... antaranya dulu aku selalu duk teringat kat si dia.... mana taknya, dia tu aku berkenan sangat.... tapi aku dengar nasihat dia, jangan ingat kat dia, nanti zina hati.... aku pun xmau si dia ni dekat dengan apa jua jenis maksiat.... alhamdulillah, sekarang nie dah ok... dan tak dapat dinafikan kadang-kadang duk teringat juga.... maklumla, kalau bahasa orang muda muda ni "cinta pandang pertama"... macam tu la perasaannya kot.... wallahu `alam.....

tadi aku duk makan tengah hari dengan kawan aku, merangkap sedara aku yang mana lain mak lain bapak.... entah macam mana boleh terkeluar isu ni.... aku pun pelik.... tapi apa yang aku ingat dia ada cakap, kalau hati tu dah berkenan,yang paling penting pergi cakap dulu kat dia.... kemudian, dia terima atau tidak belakang cerita.... yang penting gentleman.... betul jugak apa yang dia cakap... tambahnya lagi, biar dia tahu yang ada orang berkenan kat dia..... wah3.... aku kena motivasi dengan doktor cinta... haduih....

dan apa yang aku buat setakat nie, aku dah bagitahu si dia... yang selebihnya, pandai-pandaila aku handle.... dan lepas nie, aku dah xmau cakap kat si dia setiap hari yang aku sayang si dia, sebab cukuplah aku pernah cakap yang aku sayang si dia sampai bila2.... yang akan datang tu, wait and see... adapun Allah telah menetapkan semuanya dengan cantik dan sudah tertulis di LUH MAHFUZ.....

dan, aku nak gerak ke kawasan sebelah siam.... kalau sebelah siam nie padang besar la yang terletak sebelah dengan siam.... isy... merapu.... apa apa pun, sesiapa yang terbaca contengan aku hari ini, doakan semuanya okey.... tu saja....

BEREHH~~~

Friday, March 18, 2011

inikah cinta...????

petikan ni aku jumpa dalam facebook... memandangkan blog ni aku yang punya dan selalu aku duk buka, jadi aku copy seterusnya paste kat sini sebagai suatu motivasi untuk mendapat cinta yang abadi..... dan juga aku paste kat sini untuk si dia.... apa yang aku nak highlightkan adalah ayat yang berbunyi:

Jika sayang diriku..
jauhilah aku sebelum masanya..

jadi, biarlah coretan ni ada kat sini.... buleh aku selalu membacanya.....:)
dan untuk coretan ini, aku bayangkan dia yang dia menyebut setiap perkataan ini.....

Jika mahu cintaku…
Carilah dahulu cinta Allah..

Jika mahu rinduku..
Rindulah dahulu Allah dan rasulnya dahulu

Jika mahu sayangku..
Sayangilah dahulu agamamu lebih dari diriku..

Jika sayang diriku..
jauhilah aku sebelum masanya..

Jika ikhlas dengan diriku…
jauhkan aku dari zina..terutamanya zina hati..

Jika cintamu sejati untuk ku..
cintailah aku kerana Allah..

Jika pilihanmu aku..
pilihlah kerana agamaku..bukan yang lain..

Jika setiamu padaku..
setialah kerana untuk mendapat redha Allah..

Jika kau mahu peliharaku..
peliharalah aku dari godaan cinta dunia dan nafsu..

Yakinlah..
Andai Allah tentukan aku milikmu..
Aku tetap milikmu..

Yakinlah..
Andai Allah tentukan aku bukan milikmu..
Itu yang terbaik untukmu..

Ketahuilah..
Diriku juga mncintaimu..
suntinglah diriku..dengan caranya..dan pada masanya.

Thursday, March 17, 2011

seronoknyaaaa.......

assalamualaikum wbt.....
huh.... hari ni baru aku berpeluang nak mencoret coret.... yela, hari jumaat aku pergi teluk segadas, kat pangkor sana... hari ahad baru balik maktab.... hari isnin naik bas nak balik kampung halaman.... petang baru sampai.... hari selasa baru aku sampai rumah.... dah kena buat kerja kenduri.... hari rabu kenduri.... lagi la sibok.... ih3.... ni pun sepatutnya aku kena kemas2 rumah tok wan aku... tapi mungkin petang nie sikit kot...

dah ada peluang nie, aku nak cerita pengalaman2 pergi ke pangkor... seronok... pergi dengan kawan2 sekelas... mana tak seronok... alkisah la program kami dinamakan sebagai Kem Inspirasi Mahasiswa Islam ataupun singkatannya adalah KISMIS... KISMIS diadakan bertujuan untuk pemarkahan gerko ja.... sambil santai2 tengok laut.... hahaha... jumaat pagi kami bertolak... sampai teluk segadas dalam pukul 6 la... hmmm...




malam ada aktiviti sikit... seperti taklimat oleh sifu2 kami, kemudian ajk aktiviti mengambil alih... kali buat aktiviti mengenali kawan2 kami... macam2 cara yg dipersembahkan untuk meneka.... hadoiyyaii.... kemudian teka teki... oh ya, kumpulan yg dibahagikan ada tiga... kumpulan RiaNG GeMBiRa, SeGaK BeRGaYa, dan KeCoH BeToL... nama pun dah sempoi, ahli setiap kumpulan pun mesti sempoi2 la....

aktiviti malam 2 dah abis, kemudian laki2 kena aktiviti yang paling diminati iaitu. CENTURY... hahahaha... sentri la... hadoih.... sja ja 2.... aku kena sentri pukul 4 sampaila pukul 6.... tapi sebelum pukul 6 dah ramai yg bangun.... terutama yang masak2.... kesian kat depa.... kalau boleh nak ja aku tolong, tapi nanti dikatakan menyibok pulak....

hari kedua berlangsung.... pagi kami water confident, kemudian pergi snorkeling sampai la ke petang... yang ni paling best.... aku boleh la curahkan sedikit ilmu pasal berenang.... dan kemudian aku jaga depa waktu nak ulang alik dalam air.... sampai ada yang berenang dengan sungguh laju.... huhuh... bagusla, ada peningkatan.... kemudian, kami ada pertandingan bina mahligai pasir... macam2 bentuk ada... sampai ada yang bina bandar terancang... kreatif sungguh budak2 pa b ni kan... petangnya kami siap2 nak BBQ.... tugas kami cuma bakar ja.... abih makan, ada aktiviti yang best la jugak.... tukar2 hadiah, main sambung2 perkataan, balas pantun laki lwan pompuan... laki kalah.... takpa2... biar kalah, asalkan bermaruah....

esok kami explorace.... sampai ke kota belanda... seronok2....seronok... kena nyanyi lagu, kena syarah, apa lagi... huh... macam2.... depan orang ramai pulak tuuuu.... gila sungguh.... haiiyaaa... hmmm... dah abih explorace, kami relax2 kat dalam laut... tu yang muka sorang2 macam kena bakar ja.... haha... aku yang dah gelap nie pun makin tak nampak... masa ni ada yang mandi laut, belajar berenang, santai2 tepi laut, rehat atas buaian, dan macam2 lagi la.... kemudian, majlis penutup... kemas2 tapak perkhemahan, kemudian check out... sampai kat teluk gedong kot, kami naik van pusing pulau.... sampai jeti, kami terus naik feri, belayar ke tanah besar, jeti lumut... sampai Lumut, kami shopping2, then, naik bas, tembak balik markas kami di perlis.... sampai dalam pukul 1 pagi kot....



sesungguhnya, aktiviti macam nie bagus... walaupun kelas pengajian agama, apa salahnya kita berekreasi... kan2... hmmm.... nanti aku ingat la, aku nak cadangkan kita buat di Pulau Perhentian la pulak.... Taman Laut kat sana subhanallah, cukup cantik... jom kita timba pengalaman kat sana pulak wahai budak2 kelas PENGAJIAN AGAMA B.....


Friday, March 4, 2011

assalamualaikum.... hmmm.... penat 2 3 hari nie.... hari khamis pergi sungai petani... on the way tu, nasib tak baik... terlanggar belakang treler.... alhamdulillah, aku tak luka... cuma member aku si din luka siku ja... lepas tu bahu dia sakit sikit.... sampai ja maktab balik, ada meeting rumah sukan la pulak.... almaklumlah, jadi maskot.... kena la turun meeting....

alkisah hari jumaat, maktab ada buat Kejohanan Olahraga Tahunan(KOT)... macam aku kata la, aku jadi maskot.... tu pun kelam kabut jugak la.... orang penting jugak la... paling tidak, acara terpenting sekali, acara 50 meter lari maskot... hahaha... lawak2..... habis ja KOT, aku rehat2 sebelum solat jumaat.... lepas jumaat, aku terus tembak ke sintok.... jumpa member2 lama... nak balik maktab, hujan la pulak.... alhamdulillah, bumi perlis ni dah hujan sejak 2 3 hari yang lepas....

sampai2 ja maktab, tengah2 duk rilek2 aku terbaca member aku tulis sesuatu kat facebook.... abih ja baca, aku teringat kat seseorang... hahaha.... ni aku copy paste balik....

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

seronok, tersenyum bila aku baca benda ni.... aku pun tak tahu kenapa tiba2 aku boleh tersenyum...

tu jela aku nak tulis.... selamat la ya.... adiosss

Wednesday, March 2, 2011

lama x post something kan.....

hmm... tak taw nak tulis apa. cuma aku macam biasa la kan kehidupan kat maktab nie. bangun, p kelas, sembang-sembang. macam biasala la.

apa khabar si sia...??? lama tak dengar cerita dari mu la. macam mana kehidupan mu..??? happy ke..?? sihat ke..?? family macam mana..?? dan sebagainya la.... aku harap semua nya hebat.... sesekali tu mesej la aku juga.... tanya la khabar aku ke... mu saja ja kan nak bagi aku rindu kat mu....

pun begitu, bila mu buat aku begini, aku rasa macam kita nie makin lama makin dekat... aku tak rasa yang kita nie makin jauh.... xpala.... dalam kelas tadi ada lecturer sebut pasal redha kot.... aku dengar ja.... lepas tu aku kaitkan apa yang dah jadi kat aku.... setiap benda yang kita buat jangan terlepas dari mengingati allah.... insyaallah, kita boleh terima apa jua keadaan dengan redha.... aku senyap ja dalam kelas 2 tadi.... mungkin ada kesan....

well... aku terima apa yang dah jadi sekarang.... dan, mu pun tahu apa yang aku rasakan.... semoga ada hikmah dan keajaiban selepas nie.... terima kasih.... take care.....

tutup cerita pasal si dia... yela, aku tetap sayang dia....sekarang nie dah masuk bulan 3... paham2 la kalau budak maktab nie.... esaimen belambak lambak... aku nie dah la jenis malas nak buat esaimen.... perangai aku macam tu... tak ubah2 lagi walaupun aku dah masuk degree... hadoih.... nanti aku cuba ubahkan.... insyaallah.... slow-slow.... banyak betol esaimen.... tapi nie la dunia keguruan kan... orang memberi kita merasa.... terima jela.... hahaha.....

dah la... aku bizi... lain kali, ada modal aku post lagi....


"Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

surah at-Tahrim, ayat 8....

renung-renungkanlah....

Thursday, February 17, 2011

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah kerana hingga ke saat ini, masih diberi peluang olehNya untuk mencoret sesuatu buat perkongsian hati-hati mujahid dan mujahidah Islam. Rasanya tidak perlu dinyatakan lagi siapa 'Dia..' kerana semua pasti mengenalinya. Sempena hari keputeraannya dua hari yang lalu, ingin saya coretkan dan berkongsi sesuatu sebagai tanda kasih dan cinta buatnya. Sengaja dilewatkan, bukan bererti lupa, tetapi ingin menyuburkan hati ini dengan sentiasa berselawat dan mencintai dirinya setelah Allah yang Esa. Insyaallahu taala.... semoga kita dapat bersama Nabiyyuna Muhammad SAW di akhirat kelak.....